Assalam...
Ha..dah lama tak tayang menu dirumah aku kan...hehe...bukan menarik sangat asalkan mampu kenyangkan perut kami semua cukup la kan. Ini menu hari rabu lepas, tak tahu nak masak apa jadi habiskan baki makanan yang ada dalam peti sejuk lagi pun Jumaat nanti mahu balik kampung. Lebih baik habiskan stok makanan dari rosak begitu saja.
Ada daging lebhian buat kuah makaroni untuk anak-anak, ada kentang yang sudah hampir busuk dek kerana dijadikan bola oleh Ashraf. Tengok-tengok jadi terfikir mahu buat bergedil cuma tiada daun sup, tapi aku bukan suka sangat pun bau wangi daun sup tu. Haha...kesian kan.
Goreng kentang kemudian tumbuk campurkan bawang merah, garam, gula dan lada hitam. Kemudian gaul dan di bulat-bulatkan. Aku simpan sekejap dalam peti sejuk sejam dua.
Kemudian goreng dibalut dengan telur, nampak tak telur tu hampir sama besar dengan bergedil aku maksudnya bergedil ni sangat comel la. Bagus buat kecil-kecil untuk anak-anak.
Kemudian goreng dalam minyak panas sampai garing dan kemudian boleh makan.
Gambar selepas siap goreng tak ada sebab semuanya sudah di pegang anak-anak. Sekurang-kurangnya aku tak terasa penat sangat masak bila apa yang aku masak mereka habiskan.
No comments:
Post a Comment