Assalam...
Syukur sejak menjadi surirumah sepenuh masa ini aku dapat meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Hehe...ye la, amar boleh dilatih tidak lagi memakai diapers, Ashraf pula dilayan lebih sempurna lagi.
Minggu lepas pergi Giant Bukit Kemuning kami belikan buka warna dan krayon untuk mereka mewarna. Seronok bila dapat lihat hasil tangan kecil mereka.
Ashraf dapat beg pooh Amar pula beg angry birds. |
Sekurang-kurangnya bila mereka ada aktiviti mereka sendiri tidaklah terasa bosan sangat. Sambil-sambil mengajar mereka aku pun boleh berehat sama.
Ashraf sedang membelek buku. |
Walaupun terbalik asalkan dia ada minat dengan buku. |
Seronok juga duduk rumah, boleh bergolek-golek dengan anak-anak...:p
2 comments:
baru benti keje ke?ke mcmn?elok la tu bg ank mewarna kasi ada kemahiran pegang pensil..zahra sangat tak minat warna..cikgu dia kata kawaln pegang pensil dia masih lemah..
benti sblm CNY ari tu....
Setakat ni pegang ok la, tp main je bnyak bkn mewarna..
Post a Comment