Keluarga saya kecil, ada 3 orang anak
lelaki dan 2 orang anak perempuan. Sangat berbeza kalau di bandingkan
dengan keluarga besar dear yang ada 12 beradik. Ha...sila jangan
terkejut tau ini kenyataan tapi 2 orang sudah meninggal dan tinggal
10 orang sahaja sekarang. 2 orang tu meninggal semasa kecil lagi kata
MIL. Dear pun tak pernah jumpa sebab yang meninggal tu abang dan
kakak dear. Adik beradik dear tinggal 2 orang belum berkahwin lagi
insyaallah seorang akan bernikah hujung tahun 2013 nanti.
Aku anak bongsu dari 5 beradik, orang
lain kata aku manja tapi langsung aku tak rasa manja. Sebab apa?
Sebab bila aku bandingkan manja aku dengan adik ipar aku langsung tak
sama tau... hahahaha...
boleh di katakan apa yang aku minta
belum tentu dapat, ha...itu kalau minta barang. Kalau minta makanan
memang mak boleh buatkan sebab keluarga aku bukan orang berada.
Tambah pula mak memang rajin memasak, kawan sebelah rumah pun dengki
sebab mak akan masak masakan yang agak remeh pada mak dia. Jadi
bersyukur sangat di lahirkan dalam keluarga aku sekarang ni. Kami
dari golongan sederhana je jadi apa yang aku minta belum tentu dapat
mak bapa aku tunaikan. Arwah bapa dulu bekerja sebagai mandur kilang
getah je sampai pencen kemudian kerja sebagai pengawal keselamatan
sebab nak tanggung aku belajar di Politeknik. Syukur bila aku habis
belajar arwah tidak lagi bekerja cuma duduk rumah dan kerjakan kebun
getah dan kebun sawit hingga ke akhir hayatnya. Sekarang dah faham
sangat-sangat apa erti susah mak bapa aku dulu. :p
Paling seronok bila abang nombor 2 aku
bagi guna telefon dia, abang sulung aku bagi top up setiap bulan
RM60.00 sehinggakan kawan-kawan lain cemburu dan akak aku pula tempat
aku mengadu domba dan tumpang tidur bila hujung minggu. Walau pun
kami berbeza jauh umur... kakak aku sekarang sudah 45 dan aku baru
nak masuk 30 kami tetap rapat dan ramai kata muka kami seiras. Ni aku
percaya sebab Amar dan Ashraf pernah keliru bila pandang kami berdua.
:))
Dulu masa aku belajar abang aku nombor
tiga selalu jadi tempat rujukan, maklum saja dia pun belajar sama di
politeknik cuma cawangan lain je. Ha....syukur sekarang dia sudah
menjadi orang berjaya antara kami berlima.
Dulu kami berlima semua duduk di
selangor tapi sekarang abang nombor 2 pindah duduk Perak dekat dengan
mak. Dia banyak membantu masa arwah bapa meninggal 3 tahun lepas.
Sekejap je tau-tau dah 3 tahun juga abang aku tu pindah duduk
kampung.
Hubungan kami berlima agak erat sesama
kami kecuali abang sulung yang jarang-jarang dapat berjumpa. Aku,
kakak dan abang aku nombor 3 rapat juga sebab kami rajin jumpa
lagipun kami duduk tidak jauh antara 1 sama lain. Abang aku di Seri
Kembangan, akak aku di puchong dan aku di Shah Alam. Biasanya tempat
kami bertiga berjumpa di rumah akak aku la. Hehe....itu memang tempat
kegemaran. Abang nombor 2 kami selalu jumpa bila kami balik kampung.
Dia tempat kami tanya pasal kebun arwah dan juga keadaan mak.
Insyaallah tahun ini atau tahun depan
abang nombor 3 akan pindah rumah sendiri di Banting. Ha....lagi
seronok sebab lagi dekat, papehal senang nak cari.
Biasanya bila ada antara kami bertiga
balik kampung pasti ada kiriman dari mak buat kami. Untuk aku
sekurang-kurangnya daun kunyit, serai dan limau nipis mak akan
bekalkan. Hehe...bukan sebab susah nak dapat di Klang ni cuma
terpaksa beli je. Lain la kalau di kampung boleh petik terus. Jimat
kan lagi pun dah terbiasa sejak dari awal-awal kahwin dulu.
Bila raya puasa kami agak kelam kabut,
ye la semua teringin nak beraya bersama tapi ada komitmen
masing-masing. Haih dah kahwin kan...kalau masih bujang lagi boleh
la. Kami semua dah berkahwin kecuali kakak aku yang masih belum
bertemu jodohnya. Jadi setiap tahun kakak memang ada di kampung, kami
yang lain-lain mengikut giliran balik kampung suami atau isteri
masing-masing. Mujur abang nombor 3 aku isterinya orang Teluk Intan
dan boleh di kira berdekatan dengan kampung cuma ambil masa sejam
perjalanan. Ulang alik pun boleh kan....dan mujur juga kakak ipar
jenis tak berkira sangat. :)
Bila raya haji kami jarang-jarang balik
sebab biasanya cuti raya haji tidak panjang seperti raya puasa. Jadi
siapa yang balik mak akan kirimkan makanan. Abang nombor 2 setiap
tahun akan balik Kedah sebab keluarga mertuanya rajin buat korban
setiap kali raya haji. Jadi setiap kali abang balik Kedah mak pasti
dapat banyak daging hasil korban besan. Haha...kesian mak nak
menghabiskan daging yang banyak tu.
Sebenarnya aku dengan akak aku
merancang nak bercuti di pulau pangkor cuti tahun baru cina ni, tapi
dear pula perlu bekerja. Tak tahu sama ada kami jadi pergi atau
tidak, memang mak boleh tengok-tengokkan tapi kalau pergi sama dengan
keluarga abang nombor 2 memang tak terkawal. Hehe...dia nak kawal
anak dia sendiri pun terkejar-kejar.
2 hari lepas abang nombor 3 telefon
tanya mahu balik kampung sama atau tidak hari jumaat malam nanti.
Haih...anak dia 2 orang, anak aku 2 orang....muat tapi kalau balik
malam mesti budak-budak ni nak tidur, kesian pula kalau mereka tak
selesa nanti. Jadi aku balik kampung dengan kakak hari Khamis ni dan
balik Shah Alam hari Selasa depan dengan abang aku. Hehe...syoknya
balik kampung cuti panjang....mengharapkan anak-anak berkelakuan baik
sepanjang dear tiada. :p
2 comments:
best nyer ada kakak... adik beradik pun sangat rapat.... macam keluarga hubby, mmg adik beradik sgt close, boleh sembang cakap telefon setiap hari.. kalau adik beradik saya, time ada hal jer akan call... kalau takde apa-apa, tunggu balik kg la baru sembang panjang :)
alhamdulillah, jd anak bongsu pun seronok juga walaupun tiada adik
Post a Comment