Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, February 8

Perlu Merancang Ke Tidak?

Assalam...


Merancang apa ni? Haaa....merancang keluarga la. Huhu....aku kan dah punya 2 anak lelaki sekarang ni. Itu pun orang lain sibuk tanya bila mahu tambah lagi, mana tahu dapat anak perempuan ke lepas ni. Aih...penat tau nak jawab bila hampir semua orang akan tanya.

Yup orang ni tak pernah putus-putus nak bertanya itu ini kan, sejak dari kecil dulu sampai sekarang.

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa kecil

Sekolah dapat nombor berapa? duduk kelas mana? Baju cantik beli di mana?

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa remaja.

Nanti nak sambung belajar mana? Dah ada pakwe ke belum? Apsal badan berisi macam ni?

Soalan yang biasa aku perlu jawab masa nak kahwin

Dah sedia ke nak jadi isteri orang? Dah belajar masak ke belum ni?

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah bernikah/kahwin

Dah ada isi ke belum? (ini soalan yang paling top sekali sampaikan memang aku akan sentap bila ada 10 orang bertanya tau. Eh...aku sentap tapi cuma tunjuk pada dear, orang lain langsung tak tau kecuali mak dan kakak aku je. Maunya tak sentap, setiap kali raya orang akan tanya)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah melahirkan Amar.

Lepas ni nak tambah lagi ke? Bila nak tambah seorang lagi? (ada ke patut masa dalam pantang di tanya soalan gila ni....apa la yang mereka ni nak sebenarnya kan)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah mengandungkan Ashraf

Mengandung lagi ke? Apsal rapat sangat? (Erk...pun tak kena juga ek)

Soalan yang biasa aku jawab bila sudah melahirkan Ashraf dan sehingga sekarang.

Bila mahu tambah lagi?

ok....banyak kan soalan orang akan ajukan pada kita. Hampir sepanjang hayat pasti ada yang mahu tahu apa rancangan kita.

Sebelum kahwin aku dan dear langsung tak pernah merancang untuk ada anak dalam jangka masa cepat atau lambat. Kami serahkan pada takdir, lagi pun kedua-dua belah kami ada sejarah keluarga yang tidak ada anak langsung. Kalau ikut adik beradik kami memang tiada tapi mak cik dan pak cik ada sejarah tu.
Tahun pertama kahwin kami masih boleh gelak ketawa lagi bila orang sibuk tanya. Walau pun masa tu kami masih baru sebulan dua berkahwin. (aku kahwin bulan 7 dan kemudian bulan 10/11 raya puasa...soalan yang sentiasa ada bila berjumpa saudara mara kan). Masuk tahun ke dua aku sudah bekerja, kewangan kami sudah agak sempurna untuk kami berdua...jadi boleh di kira belum bersedia sepenuhnya untuk ada anak sekarang. Tapi kalau sudah rezeki kami tidak akan menolak.

Tahun ke tiga kami sendiri berusaha sebab dear fikir umur dear sudah hampir 30 tahun. Kalau lengah-lengah dapat anak nanti lagi penat perlu bekerja lebih lama. Haaaa...kan, dear kata biar dapat anak sekarang dari kemudian sebab nanti anak masih sekolah dear sudah tidak makan gaji lagi. Huhu...sabar je la aku dengar.
Syukur Allah kurniakan kami anak juga. Tahun pertama ada Amar kami tinggal di rumah mertua yang pada aku sangat seronok walau pun hakikatnya sangat terkongkong. Apa-apa yang tak kena pada Amar MIL terus masuk campur. Haaa...masa tu la aku dah tak boleh nak senyum-senyum lagi. Erk...maaf ye mak.

Kami pindah ke rumah sewa sekarang dan aku mengandungkan Ashraf masa tu. Sengaja tak mahu di heboh-hebohkan, walau pun aku dah pernah buat UPT test sendiri di rumah tapi aku dengan beraninya mengajak dear ke klinik bila kandungan sudah hampir 5 bulan. Boleh aku katakan bukan setakat dear je yang tak tau...hampir semua orang pun tak tau. Pernah bagi dear hint tapi dear mungkin tak perasan kot masa tu. Bila Ashraf mula gerak-gerak aku terus ajak dear pergi klinik. Hehe... kenapa buat begini? Sebab aku tak sanggup nak jawab soalan orang lagi. Bila dah tau dan sah mengandung dear terus bagitau semua keluarga dia. Sebab tu la aku tak nak bagitau dear awal-awal.  Dear boleh di katakan terlalu teruja kot.
Berbalik pada kisah merancang, kami langsung tak merancang mahu tambah anak secepat itu. Tapi aku sebenarnya teringin nak tambah cepat-cepat. Sebab apa? Hehe.....sebab aku kahwin awal dari kawan-kawan, orang lain dapat anak dan sekarang dah besar...ada yang sudah sekolah tapi aku masih belum ada anak lagi.

Pada aku lebih baik rapat dari jarak untuk anak pertama dan kedua. Sejarah keluarga aku dan dear hampir kebanyakkan kami ada anak pertama dan kedua jarak umur setahun. Bestkan! Sebab tu aku nak anak rapat juga, kemudian aku boleh rehat panjang. Tak kisah langsung anak lelaki atau perempuan asalkan sihat sempurna. (bos lama aku kata aku hebat sebab ada 2 orang anak lelaki... orang cina memang suka dapat anak lelaki berbanding perempuan – ini kawan-kawan 1 office yang bagitau)

Eh orang sibuk kata bila ada anak rapat penat, tak ada masa nak rehat la apa la kan. Yup! Aku setuju sangat-sangat.

Apa untungnya ada anak rapat?

    Senang nak jaga, sebab mereka membesar hanya jarak usia setahun sahaja. Pada aku mudah sebab boleh ajar kedua-duanya sekali gus. Contoh ajar bercakap....sekarang Ashraf lagi pandai cakap berbanding Amar.

    Jimat duit nak beli baju, tak perlu selalu beli selalu....lagi pun baju yang abang dah tak muat boleh bagi pada adik. Bukan semua la aku akan bagi, aku bagi baju yang masih elok sahaja. Buat masa ni Ashraf lebih banyak baju dari Amar tau.

    Lampin Amar yang sudah tidak muat aku pakaikan pada Ashraf dan susu pun sekarang sudah berkongsi. Cuma tahun ni mungkin mahu tukar susu Amar sebab sudah mahu masuk 3 tahun. Kalau masih berkongsi pun tiada masalah aku rasa.

    Nanti bila dah besar kalau ada adik, dua-dua boleh jaga adik...hahahha ini berangan je sebenarnya sebab aku merancang mahu tambah anak seorang lagi bila Amar sudah cecah 5 atau 6 tahun. InsyaAllah kalau diizinkan dan ada rezeki kami.

    Yang penting aku mahu hubungan mereka rapat, erat sama macam abang aku dan kakak aku, sama macam anak-anak buah aku.

Tapi apa yang tak bestnya bila ada anak rapat.

    Letih! Sebab sibuk nak melayan kerenah mereka. Yang abang minta ini yang adik minta ini... sabar je la kan.

    Susah nak kesana sini sebab kalau anak seorang senang, bila dan pandai jalan boleh la bawa jalan ke pasaraya dengan mudah. Nak layan makan di restoran pun mudah tak perlu mak ayah melayan sangat-sangat.

    Belanja yang besar....ha ini yang paling ngeri patut aku akui. Belanja bila ada anak rapat memang besar. Tambah-tambah lagi bila berjangkit sakit mereka tu lagi pening kepala nak keluarkan duit beli ubat dan juga nak ambil cuti menjaga mereka. Bukan setakat ubat, baju, lampin dan susu pun perlu di ambil kira.

    Tiada masa rehat, bila abang tidur adik pula bangun. Bila abang mahu mandi adik pula mahu susu. Macam mana tu? :p

Elok juga kalau ada perancangan masa depan untuk keluarga ni, sekurang-kurangnya boleh menyimpan kewangan lebih baik. Merancang masa depan bukan setakat merancang untuk dapat anak sahaja tapi melibatkan kos dan juga masa. Hehe...dah ada anak 2 baru aku betul-betul faham apa erti merancang. Kalau sebelum ni aku merancang tapi selalu tidak mengikut apa yang aku rancangkan. Ha...rugi kan tapi sekurang-kurangnya aku belum terlambat untuk merancang masa depan keluarga aku.
Rancangan untuk anak serius aku katakan aku serah pada takdir, tapi boleh dikatakan kalau boleh aku nak tambah bila Amar sudah 5 atau 6 tahun nanti. Biar mereka tahu apa erti ada adik. Lagi pun masa tu aku masih lingkungan 33 atau 34 tahun. Masih sesuai untuk dapatkan anak, dan berharap dapat anak perempuan pula. Ini jika di izinkan Allah tapi jika terawal kami suami isteri terima dengan tangan terbuka dan lapang dada. :)

Jadi pada aku lebih baik merancang dari tidak. Sekurang-kurangnya bila merancang kita tahu masa bila sesuai boleh dapat anak sekurang-kurangnya kewangan sudah kukuh. Jadi akan datang tidak terasa membebankan sangat. Penting bila sudah berkahwin mulakan hidup baru, berdikari sendiri dan jangan sentiasa ambil mudah. Masa berdua sentiasa berjimat cermat sebab sara hidup sekarang makin meningkat tahun demi tahun.

(P/s : dah macam mak nenek pula aku nasihatkan orang ek...jangan nanti dah ada anak baru tahu apa rasanya pula...hahahaha)


 

2 comments:

Yaati Nor said...

ok nak dapat anak pompuan beli pa & ma bulan ni..Masa aku nak dapat Ummar aku merancang juga aku study juga mcmn nak dapat anak lelaki.Alhamdulillah menjadi..hihih

Azian & Zaini said...

buat masa ni blm sedia lg, tunggu nanti2 bila dah ready aku akan cari info