Awal januari lepas kami adik beradik
telah pun sempurnakan kenduri tahlil untuk arwah FIL semperna tahun
ke 3 kami kehilangannya. Cepat sangat masa berlalu, masa tu aku belum
mengandungkan Amar lagi, sekarang sudah 2 orang anak aku.
Kami buat hari Ahad selepas Isyak,
mulanya MIL nak buat lepas maghrib tapi surau ada majlis pula dan
kami tunda dari maghrib ke isyak. Kalau buat lepas maghrib cepat
sikit selesainya sebab esoknya ada yang nak sekolah pula.
Pagi tu hujan renyai turun hampir
sepanjang pagi, haih...terasa malas sangat nak buat kerja. Tapi semua
kerja perlu di mulakan segera. Pagi kami sediakan bahan-bahan untuk
memasak, petang kami masak pula. Ayam siap goreng tengahari tu takut
nanti busuk pula. Sempat makan ayam goreng juga untuk makanan
tengahari.
Menu kami malam tu kari ayam, sayur
campur, sambal udang, buah tembikai, kuih muih dan air oren suam. Ada
macam-macam lagi makanan yang saudara mara kami bawa. Haih....memang
kenyang makan walau pun makan agar-agar. Hehe...
Anak-anak orang paling gembira sebab
mereka dapat makan sepuas-puasnya dan juga dapat main dengan sepupu
yang ramai. Adik beradik dear ada 10 orang dan anak buah dear sudah
lebih 20 orang. Maunya tak meriah kalau cuma 2 3 keluarga yang balik
pun dah meriah inikan kalau semuanya berkumpul.
Keluarga besar dear ni kalau buat
makan-makan sesama kami memang perlu siap banyak. Tapi memang seronok
kan bila dapat berkumpul dan berbual bersama-sama bila lama tak
berjumpa.
'semoga arwah FIL di tempatkan di
kalangan orang-orang beriman' - Al-fatihah
No comments:
Post a Comment