Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, February 5

Adik Beradik Kecil Saya

Assalam...

Keluarga saya kecil, ada 3 orang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan. Sangat berbeza kalau di bandingkan dengan keluarga besar dear yang ada 12 beradik. Ha...sila jangan terkejut tau ini kenyataan tapi 2 orang sudah meninggal dan tinggal 10 orang sahaja sekarang. 2 orang tu meninggal semasa kecil lagi kata MIL. Dear pun tak pernah jumpa sebab yang meninggal tu abang dan kakak dear. Adik beradik dear tinggal 2 orang belum berkahwin lagi insyaallah seorang akan bernikah hujung tahun 2013 nanti.

Aku anak bongsu dari 5 beradik, orang lain kata aku manja tapi langsung aku tak rasa manja. Sebab apa? Sebab bila aku bandingkan manja aku dengan adik ipar aku langsung tak sama tau... hahahaha...

boleh di katakan apa yang aku minta belum tentu dapat, ha...itu kalau minta barang. Kalau minta makanan memang mak boleh buatkan sebab keluarga aku bukan orang berada. Tambah pula mak memang rajin memasak, kawan sebelah rumah pun dengki sebab mak akan masak masakan yang agak remeh pada mak dia. Jadi bersyukur sangat di lahirkan dalam keluarga aku sekarang ni. Kami dari golongan sederhana je jadi apa yang aku minta belum tentu dapat mak bapa aku tunaikan. Arwah bapa dulu bekerja sebagai mandur kilang getah je sampai pencen kemudian kerja sebagai pengawal keselamatan sebab nak tanggung aku belajar di Politeknik. Syukur bila aku habis belajar arwah tidak lagi bekerja cuma duduk rumah dan kerjakan kebun getah dan kebun sawit hingga ke akhir hayatnya. Sekarang dah faham sangat-sangat apa erti susah mak bapa aku dulu. :p

Paling seronok bila abang nombor 2 aku bagi guna telefon dia, abang sulung aku bagi top up setiap bulan RM60.00 sehinggakan kawan-kawan lain cemburu dan akak aku pula tempat aku mengadu domba dan tumpang tidur bila hujung minggu. Walau pun kami berbeza jauh umur... kakak aku sekarang sudah 45 dan aku baru nak masuk 30 kami tetap rapat dan ramai kata muka kami seiras. Ni aku percaya sebab Amar dan Ashraf pernah keliru bila pandang kami berdua. :))

Dulu masa aku belajar abang aku nombor tiga selalu jadi tempat rujukan, maklum saja dia pun belajar sama di politeknik cuma cawangan lain je. Ha....syukur sekarang dia sudah menjadi orang berjaya antara kami berlima.

Dulu kami berlima semua duduk di selangor tapi sekarang abang nombor 2 pindah duduk Perak dekat dengan mak. Dia banyak membantu masa arwah bapa meninggal 3 tahun lepas. Sekejap je tau-tau dah 3 tahun juga abang aku tu pindah duduk kampung.

Hubungan kami berlima agak erat sesama kami kecuali abang sulung yang jarang-jarang dapat berjumpa. Aku, kakak dan abang aku nombor 3 rapat juga sebab kami rajin jumpa lagipun kami duduk tidak jauh antara 1 sama lain. Abang aku di Seri Kembangan, akak aku di puchong dan aku di Shah Alam. Biasanya tempat kami bertiga berjumpa di rumah akak aku la. Hehe....itu memang tempat kegemaran. Abang nombor 2 kami selalu jumpa bila kami balik kampung. Dia tempat kami tanya pasal kebun arwah dan juga keadaan mak.

Insyaallah tahun ini atau tahun depan abang nombor 3 akan pindah rumah sendiri di Banting. Ha....lagi seronok sebab lagi dekat, papehal senang nak cari.

Biasanya bila ada antara kami bertiga balik kampung pasti ada kiriman dari mak buat kami. Untuk aku sekurang-kurangnya daun kunyit, serai dan limau nipis mak akan bekalkan. Hehe...bukan sebab susah nak dapat di Klang ni cuma terpaksa beli je. Lain la kalau di kampung boleh petik terus. Jimat kan lagi pun dah terbiasa sejak dari awal-awal kahwin dulu.

Bila raya puasa kami agak kelam kabut, ye la semua teringin nak beraya bersama tapi ada komitmen masing-masing. Haih dah kahwin kan...kalau masih bujang lagi boleh la. Kami semua dah berkahwin kecuali kakak aku yang masih belum bertemu jodohnya. Jadi setiap tahun kakak memang ada di kampung, kami yang lain-lain mengikut giliran balik kampung suami atau isteri masing-masing. Mujur abang nombor 3 aku isterinya orang Teluk Intan dan boleh di kira berdekatan dengan kampung cuma ambil masa sejam perjalanan. Ulang alik pun boleh kan....dan mujur juga kakak ipar jenis tak berkira sangat. :)

Bila raya haji kami jarang-jarang balik sebab biasanya cuti raya haji tidak panjang seperti raya puasa. Jadi siapa yang balik mak akan kirimkan makanan. Abang nombor 2 setiap tahun akan balik Kedah sebab keluarga mertuanya rajin buat korban setiap kali raya haji. Jadi setiap kali abang balik Kedah mak pasti dapat banyak daging hasil korban besan. Haha...kesian mak nak menghabiskan daging yang banyak tu.

Sebenarnya aku dengan akak aku merancang nak bercuti di pulau pangkor cuti tahun baru cina ni, tapi dear pula perlu bekerja. Tak tahu sama ada kami jadi pergi atau tidak, memang mak boleh tengok-tengokkan tapi kalau pergi sama dengan keluarga abang nombor 2 memang tak terkawal. Hehe...dia nak kawal anak dia sendiri pun terkejar-kejar.

2 hari lepas abang nombor 3 telefon tanya mahu balik kampung sama atau tidak hari jumaat malam nanti. Haih...anak dia 2 orang, anak aku 2 orang....muat tapi kalau balik malam mesti budak-budak ni nak tidur, kesian pula kalau mereka tak selesa nanti. Jadi aku balik kampung dengan kakak hari Khamis ni dan balik Shah Alam hari Selasa depan dengan abang aku. Hehe...syoknya balik kampung cuti panjang....mengharapkan anak-anak berkelakuan baik sepanjang dear tiada. :p

2 comments:

nurbijen said...

best nyer ada kakak... adik beradik pun sangat rapat.... macam keluarga hubby, mmg adik beradik sgt close, boleh sembang cakap telefon setiap hari.. kalau adik beradik saya, time ada hal jer akan call... kalau takde apa-apa, tunggu balik kg la baru sembang panjang :)

Azian & Zaini said...

alhamdulillah, jd anak bongsu pun seronok juga walaupun tiada adik