Assalam...
Hari Sabtu lepas pergi ke Klang sendirian untuk ke klinik gigi (dari entry lepas) berhampiran dengan The Store, berdekatan dengan Jalan Taiping. Terus parking kereta berdekatan dengan klinik dan mahu membeli parking tiket tapi sayang ada notis di tampal di mesin. Aik...baru 6 bulan tak pergi klang sudah tukar sistem pula. Huh....mahu atau tidak bertanya di kedai 7-11 terdekat kalau-kalau mereka jual kupon. Sayangnya mereka tidak jual, terpaksa menunggu beberapa buah kedai buka terlebih dahulu sebab biasanya kedai di sini di buka seawal pukul 10.00 pagi. Jangan nanti penguat kuasa MPK datang sudah la kan.
1 buku kupon ada 5 keping kupon, 1 buku RM2.50 dan seperti biasa 1 jam RM0.50 masih belum naik lagi cuma tukar kaedah dari mesin kepada kupon. Ada 2 kedai je yang aku tau jual kupon ni, itu pun kedai sebaris sebelah pizza hut dan juga kedai sebaris dengan KFC. Aiyo...itu pun terpaksa menunggu hampir 10 minit untuk mereka buka kedai.
Pada aku yang jarang-jarang nak ke pekan klang ni rasa macam leceh juga tapi mahu atau tidak sudah terpaksa pula jadinya. Ikutkan hati mahu saja parking di dalam The Store tapi takut level parking masih belum buka lagi jadi jalan selamat tunggu sajalah untuk dapatkan kupon. Kali terakhir tempat yang aku lawat perlu guna kupon ialah di Melaka. Hehe...masa tu Amar dalam perut lagi tapi kupon yang berlebihan kami beli memang tak digunakan langsung.
Aku selesa guna mesin sebab senang, letak kereta terus pergi mesin tekan no plat kereta dan letakkan di atas dashboard. Mudah tapi perlu sentiasa bawa syiling. Tinggal masukkan duit dan automatik mesin akan berikan tempoh masa mengikut duit yang kita masukkan. Contohnya masukkan RM0.50 untuk sejam tapi kalau RM0.70 dapatlah sejam setengah.
Gunakan kupon pun mudah tapi perlu tau kedai mana yang jual kupon. Takkan nak pergi pejabat MPK untuk dapatkan kupon sekadar 1 atau 2 jam tu kan. Yup...adik ipar ada kerja MPK tapi takkan mahu menyusahkan orang lain pula. Kalau guna kupon senang, tinggal gores dan letakkan beberapa keping kupon atas dashboard. Kalau rasa nak jalan-jalan 2 jam letak 2 kupon yang telah digores. Senang!
Ok, sekarang aku dah tau kat mana nak beli kupon parking. Lagi 1 lain kali boleh ajak dear jalan-jalan pergi Pekan Klang gunakan baki 4 helai kupon parking tu. Eh...ada lagi tempoh sehingga tahun 2013 lah.
Eh...aku tak pasti parking berkupon ini untuk kawasan pekan klang sahaja atau sudah digunakan meluas. Nanti-nanti kalau ada masa aku pergi kawasan Bukit Tinggi pula tengok-tengok kalau di sana pun menggunakan kupon ini sebab Bukit Tinggi kawasan MPK juga.
No comments:
Post a Comment