Assalam...
Yuhu....malam tadi sudah masuk malam ke 2 berturut-turut memasak nasi goreng untuk anak-anak. Sama seperti malam kelmarin tak sangka dear balik awal pula tapi mujur telah kupersiapkan nasi goreng yang banyak untuk di makan.
Nasi goreng dalam keluarga aku sangat sinonim, lebih-lebih lagi keluarga mertua. Hehe...MIL rajin masak nasi goreng bila nasi malam sebelum tu tak habis di makan. Ye la, siapa nak makan nasi putih pagi-pagi kan. Tapi MIL punya nasi goreng sedap cuma MIL suka buat pedas sikit.
Sekarang aku dah mula ikut cara MIL masak nasi goreng, huhu...senang je bukan susah sangat tapi antara rajin dengan malas je la. Cara mak aku lagi senang tapi sesekali tukar ikut cara MIL sebab dear ni kan nak kene ikut cara mak dear sendiri masak. Huhu...jangan aku menjadi menantu hantu sudah! :p
Cara MIL masak nasi goreng senang sangat. Ambil bawang merah (MIL guna bawang besar), bawang putih, ikan bilis, belacan dan cili padi kemudian ditumbuk sehingga lumat. Cara masak pun senang, panaskan minyak, tumiskan bahan yang sudah di tumbuk dan masukkan nasi. Digaul nasi sehingga sekata dengan bahan tumis kemudian boleh di masukkan bahan perisa. MIL rajin goreng telur sebiji demi sebiji untuk anak-anaknya makan.
Cara mak pula hiris bawang merah, bawang putih, sedikit halia kemudian tumiskan dalam kuali. Masukkan cili yang sudah di kisar kemudian pecahkan sebiji telur dan ikan bilis akhir sekali barulah di masukkan nasi dan perisa dan juga sayur.
Cara aku adalah kombinasi kedua-dua mak. Hehe...
Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis/udang kering dan belacan sampai lumat. Tumiskan dan masukkan fish cake/fish ball/sosej/hirisan ayam sampai lembut. Pecahkan sebiji telur masukkan nasi dan di gaul rata. Masukkan kacang panjang yang di hiris nipis, lobak merah yang di potong halus dan juga bahan perisa.
Sangat senang masak nasi goreng sebab sekali masak je sudah siap lengkap semuanya. Aku tak rajin nak guna sayur campur (jagung, kacang peas dan lobak merah) yang boleh di beli dari kedai sebab rasa tak segar. Hehe...lagi pun aku tak suka makan kacang peas tu sebenarnya.
Pendek kata senang untuk aku tetapkan masa dari pada nak menggoreng ikan kan sudah ambil masa yang agak lama. Hehe...dasar orang mahu cepat saja, ye la aku pun nak juga curi-curi masa nak bermain dengan anak-anak. Tambah-tambah sekarang hujan beralih ke sebelah petang setiap kali mahu balik rumah. Huhu.. tak boleh singgah mana-mana nak beli makanan siap masak. (pemalas sungguh kan)
Ok, tunggu minggu depan baru masak nasi goreng, kalau tidak anak-anak jemu makan masakan yang sama je tiap-tiap hari.
No comments:
Post a Comment