Assalam...
Kenal tak buah apa ni? haa....dulu masa kecil-kecil selalu bergelumang dengan buah ni. Oh...terasa sedap sangat buah ni pada tekak aku sekarang ni sebab dah lama tak makan buah ni segar-segar. Pergi kebun petik buah ni yang kulitnya berwarna kekuningan. Balik rumah mak, arwah bapa atau abang akan kopekkan. Isinya kami jemur ditengah panas sehingga beberapa hari biar betul-betul kering. Kami jual hasil yang telah kering untuk di buat serbuk koko.
Ouh...rindu zaman kecil dahulu, sudah hampir 30 tahun berlalu tapi kenangan tetap kenangan yang tak boleh nak di jual beli. Tak mampu nak ulangi lagi sekarang ni. Kalau tak silap aku sekarang mana ada orang jemur buah koko lagi, mana ada orang jemur padi lagi dan mana ada lagi orang jemur buah asam gelugur untuk di buat asam...ini di kampung aku la yang dahulunya hampir setiap rumah pasti ada halaman yang luas di gunakan untuk membentang tikar untuk menjemur pelbagai barang.
Hehe...sekarang halaman rumah penuh dengan kereta sama macam kawasan rumah orang pekan, rumah kampung pun kebanyakkan sudah ada pagar maklum saja berbagai kes kecurian telah terjadi. Padahal yang ada pagar lagi la kaki curi tu kerap aim. hahaha....
Kebun arwah yang ada tanam pokok koko ni pun sudah di bersihkan. Sayang sangat sebab pokok-pokok yang ada di kawasan itu memang banyak kenangan. Ada pokok kat situ yang tak ada lagi di mana-mana kebun lagi. Haih....kerja siapa lah ek membersihkan kebun tu. Sebab tu aku sentiasa berangan nak ada kawasan rumah yang luas, boleh tanam macam-macam pokok...
Sekadar berangan..... :)
5 comments:
memiliki kebun seperti ini memang menyenangkan, dan bagus yeh...
jangan lupa singgah balik...
http://penyuluhpi.blogspot.com/
apa lagi dok pindah ke kampung la..tp yan umah aku kat ampg masi ada lagi jemur asam gelugor..
aku mmg dok kg la ni ti...kg jalan kebun, hehe..
asam gelugur je la kot, yg lain tak de dah
saya tak pernah tgk pokok koko, apatah lagi buah koko... asam gelugur pula, mak mertau selalu buat... kat UK ni pun bawa asam gelugur hasil tangan mak mertua :)
best kan bila mengimbau balik kenangan zaman kanak-kanak? boleh tersenyum sorang2 :)
kak nur,
pokok asam gelugur memang ada lagi sekarang ni, buahnya pun selalu mak saya keringkan.
Yup...boleh angau senyum sorang2
Post a Comment