Assalam...
Sejak bekerja dalam bidang yang aku belajar dahulu baru aku faham apa tujuan aku belajar dahulu. Maklum saja sebelum ini semua kerja aku tidak ada kaitan langsung dengan pemasaran. Yup! itu bidang yang aku belajar dahulu, tapi jujur aku katakan aku bukan antara pelajar terbaik. Masa tu hati aku sangat minat pada bidang IT dan juga Seni bina tapi aku di paksa juga belajar sebab mendapat tawaran. Syukur juga walau pun tak minat tapi masih mampu mendapat keputusan yang baik.
Bila di tempatkan di bahagian pemasaran rasa macam teruja sangat pada hari pertama bekerja. Di sini ada 2 orang sahaja yang menjaga bahagian pemasaran. Sangat kecil aku rasa tapi mungkin beban kerja menjadi banyak pada setiap orang.
Masuk bulan ke 3 aku di sini seorang dari kami telah di pindahkan ke bahagian jualan, mahu atau tidak aku perlu terima cabaran ini. Menggalas kerja sebagai pembantu dalam bahagian pemasaran. Hehe...walaupun hakikatnya pernah ada yang dengar kata pihak pengurusan tidak mahu bangsa melayu duduk di bahagian pemasaran. Aku buat tidak tahu dan buat tidak peduli.
Sejak bekerja di sini selama hampir 6 bulan ada seorang perempuan telephone minta kami berikan panduan berkenaan dengan cara penggunaan ketuhar. Haih....pening juga nak menjawab tapi terpaksa juga jawab. Akhirnya aku tak mampu nak menjawab sebab aku bukan pengguna ketuhar secara tegar jadi tak mampu sangat nak membantu.
Mujur rakan senior lebih mudah memberikan jawapan kepada semua pertanyaan. Kami di sini pun rasa kelakar, sebab soalannya bukan berkaitan dengan ketuhar tetapi cara menggunakan ketuhar berkenaan. Huih...sudah lah disini ada pelbagai model ketuhar. Dapat tahu model ketuhar yang di gunakan model lama, mujur aku tak tersilap beri panduan.
Kata yang menghubungi kali terakhir menggunakan ketuhar tu bulan Jan 2012 lepas, sekarang sudah masuk disember 2012 memang lupa la kan macam mana nak gunakan untuk memanggang ayam. Kami menanti-nanti orang tu call kami semula tapi sehingga kini tak tau apa beritanya. Aku rasa mungkin sudah berjaya atau malu-malu sendiri kot sebab kecoh sangat. Haha... tapi itu hak dia sebagai pembeli dan pengguna kan.
Pendek kata lain kali kalau beli apa juga barangan letrik perlu simpan segala manual penggunaan. Mudah untuk di jadikan rujukan pada masa akan datang. Bukan setakat mudah tapi menyenangkan orang lain juga kalau mahu meminjam.
Ada sesetengah syarikat menyediakan manual penggunaan dalam talian, pengguna sendiri boleh muat turun dari sana tapi syarikat aku kerja ni masih belum laksanakan lagi. Harap-harap dilaksanakan tahun 2013 nanti untuk kemudahan pengguna.
Manual penggunaan tersangat penting bukan sekadar mengajar cara penggunaan tetapi memberikan panduan apa yang boleh dan apa yang tidak. Ada sesetengah barangan letrik untuk kegunaan dapur menyediakan resepi bersama. Ini pengalaman aku membeli ketuhar jenama Pensonic.
Ada juga jenama lain yang sekarang aku tengok sediakan resepi dan juga langkah-langkah menyediakan makanan. Sangat menarik aku tengok.
Tapi hakikatnya aku akui, aku sendiri pun tak pernah menyimpan manual penggunaan ni. Sekadar masuk dalam kotak dan bila sampai 1 masa di perlukan aku perlu mencari semula. Biasanya aku baca untuk permulaan tapi bila sudah biasa guna aku pasti aku tidak akan simpan.
Contoh: Kalau beli kipas angin dinding perlu ke nak simpan manual ni? hehe...kalau nak selamat simpan saja lah buat rujukan akan datang. Mana tahu kalau-kalau cara nak buka kipas tu tak sama dengan kipas-kipas lain yang ada di pasaran. :p
Satu lagi yang tersangat penting ialah kad jaminan. Tersangat penting untuk di poskan dalam tempoh yang di tentukan. Biasanya ada yang dalam jangka masa 2 minggu atau mungkin lebih. Jika barang letrik baru di gunakan dalam tempoh sebulan dan sudah rosak tapi tak pernah poskan kad jaminan...memang sedih! terpaksa membaiki menggunakan kos sendiri.
Kad jaminan bukan setakat untuk barangan letrik sahaja tapi merangkumi semua barangan termasuk telephone bimbit.
Pernah terjadi telephone nokia aku rosak, aku hantar baiki di Nokia Centre cuma perlu bayar RM30.00 sahaja. Tak perlu bayar harga penuh sebab tukar barang.
Jadi jika membeli apa-apa juga barangan sila simpan manual penggunaan dan jangan lupa hantarkan kad jaminan walau pun tempoh cuma 1 tahun. 12 bulan terlalu lama dan tersangat rugi jika barangan tiba-tiba rosak.
(Sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga orang lain)
No comments:
Post a Comment