Hari Ahad lalu dear balik kerja awal dan terus ajak anak-anak bersiap keluar. Rancangan dear mahu bawa kami ke I-City tapi bila kami sampai di Bukit Kuda, Klang hujan sudah mencurah-curah turun dengan lebat. Terpaksa batal mahu ke I-City. Kami melencong ke AEON Bukit Raja sebab di sana pastinya ada kawasan parking kereta berbumbung. Huhu...ramai juga tapi syukur masih ada banyak lagi parking di sana yang kosong.
Kami tak berjalan ke mana-mana kedai pun. Pergi makan di Food Court dan bayar bil broadband di Digi Store yang berdekatan dan terus balik rumah. Hehe... itu pun Amar dalam kereta sudah tertidur, kalau pergi I-City tadi mahunya masuk kereta terus minta susu dan terlelap.
Ayah jaga 2 anak, mama order makanan dan beratur bayar. |
Kami makan cendol, laici kang, kentang goreng dan juga nasi goreng udang. Hehe...Amar suka sangat makan udang sekarang ni sebab tu pilih nasi goreng udang. Kentang goreng makan bersama-sama sebab aku tak nak makan nasi, petang tu dah makan keropok lekor dan juga goreng pisang.
Sebelum balik bagi la mereka naik sekejap tapi dah naik tak mahu turun pula. |
2 comments:
abg fotostat muka ko yan..sebijik
yek? huhu...tak boleh tahan nafsu mkn budak sorang ni
Post a Comment