Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, October 1

Sakit

Assalam...

Selamat pagi Isnin! bulan baru minggu baru terpaksa duduk warehouse kira stock. Jangan nak mengeluh terima seadanya. Berpanas dan perlu menulis semua stok yang ada. Haih....kepala tengah ting tong lagi nih, sejak petang semalam. Tak pasti sama ada tersalah makan atau terkurang makan :p

Alkisah petang semalam buatkan anak-anak kuih lapis tapi tercair, boleh tahan je la jadinya tapi kukusan pertama tak jadi malas lah nak buat kukusan ke 2. Mujur tepung bancuhan tak buang lagi tiba-tiba tengah aku suapkan Ashraf Amar pula bangun tidur. Dia dapat makan sikit sangat tak sampai sesudu pun. Terkilan tengok anak nak makan aku kukus lagi walaupun dalam hati rasa nak menangis bila tengok Amar dah tak sabar nak makan. Mungkin tertekan sikit kot dengan perasaan kesian masa tu...datang pula sakit kepala tersangat-sangatlah sakit.

Mujur dear balik awal dan bawakan goreng pisang dan keropok lekor. Terubat juga kempunan Amar sementara tunggu kuih lapis aku siap masak.Itu pun sempat buat 3 lapis je, tak kuasa nak buat banyak-banyak sebab dah tau tak berapa menjadi. Bila aku bagi dia makan kuih lapis tu rasa macam kesian sangat, anak ni nak makan tapi mama dia pula yang buat tak jadi. Mujur dia belum tau nak memberi komen lagi. :)

Dear bawa anak-anak keluar pergi rumah MIL aku tidur tapi memang tak boleh tidur. Tekak terasa macam nak muntah, dear balik pukul 7 malam aku gagahkan juga pergi bilik air nak mandi. Muntah juga akhirnya! huh lega tapi kepala masih terasa sakit. Mandi dan terus masuk bilik tidur. Langsung tak ambil tahu pasal dear dan Amar yang sedang makan masa tu.

DOA UTK MENGHILANGKAN KESAKITAN,KESEDIHAN, KEKECEWAAN DAN STRESS


Semoga sakit yang aku rasa sekarang makin surut dan hilang dan semoga kesedihan akan beransur hilang dan semoga kekecewaan dan stress yang aku alami berkurangan. Amin!

 

4 comments:

nurbijen said...

get well soon

Azian & Zaini said...

thanks!

Yaati Nor said...

dah sihat ke?ngandung kot..hihihihi

Azian & Zaini said...

alhamdulillah....dah hilang segala sakit-sakit tu, alamak tie...aku masa tu tengah period la, takkan boleh preggy kot? hehhe...blm sedia lg nak ada no 3 la :p