Assalam...
Sekarang rajin pula terkenang zaman 'muda mudi' dulu...hahaha...macam la sekarang ni dah tua sangat kan. Rindu nak jumpa kawan-kawan lama tak kira masa sekolah atau pun masa belajar di Politeknik Shah Alam dulu.
Yup! aku belajar di politeknik je, dalam hati memang jeles sangat dengan kawan baik aku dapat tawaran sambung belajar di UiTM. Pasti banyak beza kan antara 2 UPT ni. Tapi aku terima, belajar di poli pun apa kurangnya kan. Hah...belajar di mana-mana pun sama asalkan ada hati nak belajar.
Bila buka folder gambar dalam pendrive nampak gambar ni, wah...muda gitu...tak ingat dah ini masa semester berapa ek. Syukur sebab ada FB, aku dapat jumpa balik kawan lama secara maya. Yes! nak jumpa sorang-sorang, nak dapat no HP terbaru sorang-sorang tu sangatlah susah. Jadi ada FB aku tau perkembangan semasa kawan-kawan lama.
Setakat ni masih ada lagi yang mampu untuk aku berjumpa, tau-tau saja lah duduk berdekatan dengan Shah Alam/Klang jadi lebih mudah sebab kebanyakkan sahabat lama tinggal di kawasan ini. Yup minggu lepas pun dapat jumpa sorang kawan lama yang baru dapat baby gurl ke 2.
Haih...bila raya pun payah nak berkumpul bertemu inikan pula bila kawan-kawan bersalin. Paling seronok sekarang semua dah ada baby. Setakat yang aku tau hampir semua sudah ada seorang anak atau pun dua/mengandung anak ke 2. Best! Kalau dapat kumpul reunion mesti kecoh bersembang sambil melayan kerenah anak-anak. Tapi bila nak buat ek? tunggu siapa nak jadi ketua dalam urusan ni, kalau tidak memang tak terbuat. Setakat mini reunion je masa raya.
Tetiba teringat kawan lama, mana tidaknya sudah hampir 10 tahun ada yang langsung tak jumpa. Insyaallah ada rezeki pasti dapat berkumpul beramai-ramai semula :)
2 comments:
jom yan kita jadi organizer..dpt united kelas kita pun cukup la..miss u all so much..aku setakat nie tasha je rajin aku jumpa..klu dtg puchong singgah la umah aku
haih...nak jd organizer ni yg aku takut sbb aku tak pernah organise mana2 majlis, hehehe...insyaallah ada rezeki nanti aku dtg rumah ko ek...teringin nak masuk carefour puchong utama tu
Post a Comment