Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, October 5

Membeli-belah Vs Jimat Cermat?

Assalam...


Membeli belah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
atau
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berjimat Cermat?

Aku kaki shopping? huih tak ada maknanya la....membeli belah sekadar ikut kemampuan dan keperluan sahaja. Yang aku perasan sejak dari masa belajar di Politeknik lagi. Kawan-kawan lain sibuk beli kasut, baju mau pun alat-alat solek tapi aku setakat kasut dan baju tu ada la tapi pada aku agak sukar nak mendapatkan kasut bersaiz besar buatkan aku jarang-jarang sangat membeli kasut baru kecuali kasut yang ada dah mula buruk. Baju pun sama, aku ni kalau ikutkan saiz XXL jadi kalau ikut kawan-kawan jalan-jalan di Jusco boleh la beli baju tapi kalau setakat di Giant Stadium sana memang tak boleh.

Bila dah kahwin dapat pula suami jenis berjimat cermat, sebab apa aku kata suami jenis jimat cermat ni? sebab dear akan pakai sehelai baju sampai lusuh atau kalau baju kerja sampai bajunya berlubang-lubang (kene api percikan welding) atau pun sampai baju tu sudah koyak! Ini memang MIL sendiri yang akui ye bukan setakat aku tapi mak dear sendiri.

Sekarang dah ada anak-anak lagi la jarang shopping, nak pergi hujung minggu orang ramai 1 hal dah tu kalau dear kerja aku nak bawa 2 orang sekali memang tak kuasa la nak mengawal. Bawa seorang boleh tahan tapi setakat ini kalau aku keluar biasanya aku bawa Amar. Amar ni plak pantang bawa berjalan memang suka tapi tau je la budak-budak kan mesti ada masa nak buat perangai tambah-tambah lagi bila depan orang ramai.

Kalau keluar shopping pun setakat beli barang dapur dan barang keperluan anak-anak je. Yup! dah ada anak semuanya didahulukan untuk mereka. Bila menjelang raya pun aku siap beli baju 2 3 bulan awal untuk mereka sebab senang, masa tu orang tak ramai dan senang nak buat segala perancangan tahu je la raya kan, kalau beli last minute lain pula yang jadi.

Pada aku membeli sekadar untuk keperluan dan ikut kemampuan, jangan sampai boros beli barang yang tak perlu. Kawan 1 office jenis rajin membeli belah. Hampir setiap minggu dia akan keluar dan jalan-jalan di shopping mall. Setiap kali keluar pasti membeli sesuatu itu sudah pasti. :)

Agaknya la kan, kalau lah aku ni kurus keding, dan anak orang kaya mesti aku pun jadi kaki shopping juga kan! hehehe...

Selamat dear dapat kahwin dengan aku yang jarang-jarang sangat nak shopping ni....hahhhaha...masuk bakul angkat sendiri!!! :p


2 comments:

Yaati Nor said...

aku pun rasa klu aku kurus pun aku mst kaki shopping..tp skrg aku byk spen duit beli kain dan brg2 jahit..heheheh

yan, cuba ko buang yang nak mintak pengesahan untuk komen kat blog ko nie..payah pulak nak komen..heheheh

Azian & Zaini said...

beli tapi ada guna kira ok la dari membazirkan..

ha...lupa aku nak buang ari tu, ok aku dah buang br aku reply takut lupa lagi