Assalam...
Wah...tajuk nampak macam kisah berat tapi rasanya tak kot, setakat ni entry aku jarang berkisah hal-hal yang berat-berat ni. Semuanya kalau boleh yang senang-senang dan mudah orang lain nak faham.
Sejak ada 2 anak jarang kami dapat berbual-bual panjang, walau pun hujung minggu sekali pun. Ok, hari Isnin hingga Sabtu dear kerja dan aku sampai Jumaat saja. Malam kami sibuk melayan anak-anak, bayangkan sambil menonton TV pun kami terpaksa melayan mereka bermain, berbual dengan mereka dan sempat berjenaka dengan anak-anak. Makan malam biasanya kami makan asing-asing, sebab dear akan suapkan Ashraf dahulu kemudian baru dear makan (Ashraf selesa kalau ayahnya suapkan dari makan dari pinggan sendiri, lebih banyak main dari makan) kemudian baru dear makan sendirian atau di temankan Amar.
Bila anak-anak tidur kadang kala kami pun tertidur sama, letih dengan kerja dan tugasan seharian kan. Jadi sebelum tidur aku perlu bersihkan pinggan mangkuk, simpan lebihan makanan, kemaskan baju anak-anak untuk keesokkan hari dan letak dalam bakul, (mudah untuk dear bawa sebab naik motorsikal) basuh baju kerja dear, baju aku dan anak-anak. (aku asingkan untuk 3 basuhan sebab baju kerja dia tak sesuai bercampur dengan baju orang lain. Biasa baju dear aku basuh setiap hari, baju aku dan anak-anak aku basuh setiap 2 hari sekali), kadang-kadang sempat sediakan bahan untuk di masak keesokkan pagi dan angkat kain masuk dalam bakul dan kalau rajin aku akan lipat terus.
Banyakkan kerja bila malam hari? hehe...tapi itu dah jadi rutin, kata orang 'alah bisa tegal biasa'. Memang dah terbiasa jadinya sekarang ni.
Jadi bila masa kami nak berbual mesra? hujung minggu? Sabtu dear kerja sepanjang hari. Cuma hari Ahad je tapi itu pun tunggu masa anak-anak tidur.
Jadi sesekali dapat berbual rasa macam tak cukup pula. Sekurang-kurangnya seminggu sekali kami akan habiskan sejam dua berbual di bilik tidur. Bila berbual memang hilang mengantuk, best! maklum la boleh berbincang dari hati ke hati kan. Anak-anak dah lena jadi senang nak berbual panjang sambil boleh lentok-lentok kepala kan...hehehe..peluk suami ke...auw boleh dapat pahala tau!
Jadi nak juga tau kalau orang lain dah ada anak ramai ni macam mana nak berbual dari hati ke hati suami isteri ek? Sekarang ada 2 anak pun susah tak tau kalau dah bertambah nanti macam mana pula jadinya. Bila lama tidak berbual, jadi 1 masalah juga kan sebab tu penting sekurang-kurangnya tau apa masalah dan keadaan pasangan kita sekarang. :)
p/s : 2 malam lepas aku ngan dear berbual, dear kata teringin nak belikan aku bunga (sebab aku suka kata dear tak pernah nak bagi aku bunga :p) tapi rasa macam tak bestkan kalau dapat bunga sebab tak boleh makan! (dasar memang ingat makanan) jadi aku minta kalau nak belikan sesuatu, lebih baik belikan makanan, contoh terbaik aku bagi kek choclate indulgance Secret Resepi sebab dear pun suka makan kek tu. Tak rugi beli sebiji kek, boleh makan sekeluarga dan sedekah sedikit pada kakak ipar aku. Eh, jap...harga sebiji kek dengan harga sejambak bunga yang mana lagi mahal ek? aku tak pernah beli sejambak bunga. :)
2 comments:
hubby saya suka telefon, mmg kami selalu berbual di telefon. Dalam sehari kalau tak call saya lima kali spjng saya kat ofis mmg tak sah :)
Bila balik rumah mmg dah sibuk dgn karenah anak2... nasib baik call kat UK ni free bila guna operator sama, cakap la byk mana pun.. unlimited tau!
bestnya kalau di malaysia pun macam tu...tapi cakap dalam phone/sms kadang-kadang rasa tak puas...hahahha
Post a Comment