Assalam...
Semalam tak mengahadirkan diri ke office sebab ada kematian di rumah jiran berdekatan dengan MIL. Kebetulan ada hubungan saudara dengan keluarga sebelah dear jadi rasa macam tak patut juga kalau tak datang sebab awal-awal pagi dah tahu kan. MIL dengan akak ipar pun mesti nak pergi juga dah tu anak-anak aku macam mana? hehe....jadi pengahkirannya aku ambil cuti kecemasan. Tapi tak berapa nak kecemasan (nanti aku cerita lain entry)
Kebetulan dear terpaksa kerja dan ada 1 khursus yang dear kene hadirkan diri. Nak tak nak dear pergi majlis tahlil saja malam tadi dengan Amar. Tak apalah asalkan kita masih ingat pada kesedihan pihak tuan rumah.
Seorang anak lelaki yang berusia 19 tahun, sedang belajar di Pahang pulang dari kedai untuk menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan. Dalam perjalanan pulang membonceng motorsikal dan tanpa memakai topi keledar tiba-tiba terlanggar dengan babi hutan yang tiba-tiba keluar ke jalan raya. Aku tak pasti sama ada betul atau tidak info ini tapi ini yang aku dengar dari rata-rata orang yang datang.
Ramai yang datang, maklum saja la kan orang kampung masih bergotong-royong tapi jenazah sudah siap di mandikan dan di kafankan dari Hospital di Terengganu. Ramai yang berkumpul semasa jenazah sampai tapi aku tak nak tengok takut teringat-ingat pula masa nak tidur malam nanti.
Alhamdulillah selesai solat jenazah dan jenazah di masukkan ke dalam van di bawa ke tanah kubur aku dan kakak ipar aku pun balik rumah MIL tapi MIL tak benarkan kami masuk rumah sebelum basuh muka dan kalau boleh kami mandi di luar rumah. Hehe...mujur rumah MIL tak ada bilik air di luar.
Tapi bila teringat keadaan kakak saudara tu memang sedih, hilang anak atau pun sesiapa juga pasti sedih. Ingat lagi masa mak meraung...yup meraung sedih bila kami berpelukkan. Mujur kakak saudara tu tak meraung kalau tidak lagi malu. Haih..pastinya ibu mana tidak sedih bila kehilangan anak...tak kira masih kecik, remaja mau pun dah dewasa. Dah jadi ibu ni makin faham perasaan orang lain... Jadi moralnya sayangilah anak kita sementara masih ada masa, kita semua adalah pinjaman dari Allah dan semua pasti akan kembali padaNya cuma cepat atau lambat je. Al-Fatihah buat arwah dan semoga keluarganya tidak melalui saat sedih ini berpanjangan.
No comments:
Post a Comment