Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, September 10

Tersentap Pula

Assalam...

Pernah tak korang terasa sangat dengan kata-kata orang lain, padahal perkara kecil je. Hehe...ini yang terjadi pada aku jumaat lepas.

Balik kerja nak turun tangga terserempak dengan 2 office mate yang duduk ditingkat atas. Dengar saja perbualan mereka jadi aku tak masuk campur pun. Tiba-tiba amoi tu tanya 'apasal suka pakai baju longgar-longgar'. Aku ni memang jenis suka pakai baju longgar, malu dengan lemak dan spare tyre degil amat ni. Sempat senyum tapi awek melayu seorang ni pula tolong jawabkan 'ala itu kan fesyen mak-mak orang'. Erk....rasa macam nak lempang je tapi aku bagi senyuman ikhlas.

Mana tidaknya yang menjawab tu slim dan tinggi, dah berkahwin tapi masih belum ada anak lagi. Sabar sangat tapi marah aku habis kat situ je la. Masuk kereta start enjin terus ketakutan kalau kereta buat hal lagi. Alhamdulillah tidak! :p

Sebelum ambil anak-anak singgah beli makanan di pasar malam. Tak tau nak masak apa tambahan pula lauk di rumah sudah habis. Masa tunggu budak jual tu masukkan kuah sup kawan dia datang membeli juga. Sempat la dia bertegur sapa nampak macam dah lama tak jumpa juga la.

a: keje dah ke?
b: belum, tengah cari la ni
a: dah kawen ke?
b: eh! apa barang kawen-kawen ni!

Huh! apa barang kahwin? alahai....cam ne nak jawab tu ek? Berpinar-pinar jap sambil mata sempat jeling. Kalau tengokkan gaya memang nampak macam pasangan sudah berkahwin atau tak pasti kalau mata aku yang sakit tengok derang tu mesra-mesra kan. :)

Terasa juga sebab aku kahwin muda, agak muda walaupun usia dah 23 tahun baru bernikah. Entah kenapa nak sentap aku pun hairan pula, bila sampai rumah MIL terus lupa semua kes sentap-sentap tu. Hahaha....lawak kan! Walaupun yang bercakap orang lain tapi aku yang mendengar ni pun boleh terasa.
 

No comments: