Assalam...
Tengok blog orang lain terasa kesian tapi aku sendiri pernah merasa apa yang mereka rasa cuma nasib aku diduga tidak begitu lama berbanding mereka. Haih.....sekarang adik ipar sendiri pun ada masalah yang sama. Sudah berkahwin 5 tahun (selang setahun selepas aku dan dear nikah). Masih belum di kurniakan cahaya mata yang diidamkan. Apa usaha aku? apa usaha adik ipar aku? dan apa juga usaha orang lain? oh.....pastinya sudah pelbagai cara di gunakan tapi kuasa Allah maha kaya, maha mengetahui bila masa sesuai akan di kurniakan cahaya mata.
Tertekan?
Yup! memang tertekan, mana tidaknya semua orang bertanya setiap kali jumpa. Apa orang lain tak ada soalan lain ke eh? Tiap kali jumpa nak tanya bila nak datang rumah bertiga, bila nak ada anak la apa la. Sekarang dah ada anak 2 pun masih ada lagi soalan mereka. Haih pendek kata memang susah nak puaskan hati orang lain. Tahun pertama kahwin seronok, orang nak kata apa pun aku ambil positif je tapi bila masuk tahun ke 2 dan ke 3 memang rasa panas hati. Mana tidaknya semua mata pandang, kebetulan akak ipar dapat baby, lagi lah mulut orang ni nak bertanya je kan. Bertambah tertekan bila adik ipar dapat berita mengandung selepas beberapa bulan bernikah.
Bergaduh?
Huih....selalu masam muka dengan dear, mana tidaknya sebelah aku tak ada sapa pun nak komen. Ramai komen sebelah dear la....akak dear kan ramai, nak tak nak depan derang aku senyum tapi belakang dan dalam hati memang sakit! Menangis bila balik rumah, bertanya-tanya pada diri kenapa jadi begini. Tapi mujur dear pandai ambil hati, betul kata dear dulu...'nanti kalau ada anak tiba-tiba dapat kembar atau rapat macam mana? mesti masa tu menangis sebab penat pula' hahhaha....betul! tapi tak ada la menangis cuma merungut je sebab dear suka letak barang merata-rata terutama rokok. Bila Amar jumpa di patah-patahkan tak pun dia sepah-sepahkan je. Yang di marah aku dan yang nak mengemaskan aku juga. :p
Usaha?
Kata orang selagi mampu selagi itu lah kami nak berusaha. Bertanya pada orang lain, membaca majalah/buku atau pun pencarian di internet mau pun mendapatkan pendapat orang lain. Pelbagai cadangan idear yang orang berikan. Sampaikan mak aku hampir terpengaruh dengan cadangan jiran. Eh......nasib baik aku tak telan! Tapi aku mula usaha lepas 2 tahun, kiranya kami mahu rezeki dari Allah datang sendiri dahulu kemudian bila tidak ada hasil barulah kami mencari bantuan lain.
Tempat pertama aku dan dear pergi pun secara kebetulan. MIL jenis cepat terkejut tambah pula ada tekanan darah tinggi. MIL selalunya pergi ke rumah seorang atuk ni untuk minta air penawar. Hehe....dear pun gedik ajak kami cuba rawatan atuk ni bila masa kami sudah tiba di sana. Hui....sabar je la aku. Atuk ni tengok tangan guna pen dia tak pegang pun. Aku tak ingat apa katanya, tapi yang dia minta aku berpantang makanan yang masam tak kira asam atau minuman masam. Mula-mula rasa macam susah tapi bila fikir apa salahnya bukan teruk sangat kan. Dibekalkan dengan serbuk kopi buatan sendiri dan air untuk di minum sebotol. 4 bulan ulang alik tapi belum nampak hasil jadi kami cadang nak stop dulu. Lepas 2 bulan aku minta dear pergi pulak tanya pada atuk tu kot-kot dear pun kene pantang ke apa ke kan. Dear kene pantang minum ais, hmm...tak lama cuma 2 minggu je. Kesian dear dah la kerja berpanas-panas setiap hari memang minum ais tapi terpaksa tukar selera 2 minggu demi 'anak'. Tengok kot-kot hasilnya datang kemudian tapi selepas 2 bulan masih belum nampak jadi kami rancang ke tempat ke 2.
Saudara dear pernah cuba rawatan di sini dan berjaya hamil dan sudah ada anak juga. LPPKN kami pergi cawangan Shah Alam di Seksyen 11 kalau tak silap aku. Dah lupa dah, sebab kami pergi sekali je. Daftar dan dikenakan bayaran RM50.00 di beri buku untuk appoinment akan datang dan juga kami suami isteri di soal selidik. Aku perlu buat 1 pemeriksaan di klinik yang berdaftar tapi pembayaran ditanggung sendiri. Masa ni dear tanya aku nak buat ke tidak sebab perlu tunggu period bersih. Kebetulan aku tidak datang period sudah hampir 2 bulan. Tertangguh juga akhirnya.
Rupanya tertangguh ada makna sebab bila kami menanti masa period tiba tak juga datang. Akhirnya kami mendapat berita gembira setelah berhempas pulas menjaga hati masing-masing. Hehe....
Doa
Jangan putus berdoa pada Allah, pasti ada sesuatu yang tidak kene pada kita. Atau pun kata mak aku mesti ada silap salah yang dah di buat jadi Allah mahu menduga kita sekarang atau mungkin ada masanya kita lupa mahu ingat bahawa Allah itu maha kaya. Mak aku dan arwah bapa aku tak putus berdoa agar kami di kurniakan anak, pastinya opah mana yang tidak mahukan cucu. Allah ambil arwah bapa tapi Allah gantikan dengan anak, memang terasa payah bila kehilangan tapi Allah tahu apa yang terbaik buat kita.
Mak cik dear sudah 15 tahun berkahwin sehingga sekarang belum ada anak sekarang usia dah berganjak ke 40an. Mujur dia ambil anak angkat hampir 10 tahun lalu ada teman untuk hari tua. Kaya harta tapi tiada zuriat tapi dia tetap bahagia. Sekarang anak angkatnya sudah 2 orang di ambil dari ibu yang sama sangat cantik dan kacak.
Dengki
Jangan percaya kalau aku kata aku tak dengki...adik ipar mengandung pun aku dah dengki. Bahkan bila tahu sesiapa mengandung pun aku boleh dengki rasa macam tak nak tegur dan cakap dah. Dengki sangat-sangat sampai rasa macam tak nak kawan tapi dah adik ipar aku tengok je la. Bila adik ipar mengandung kakak ipar pun sibuk la usik itu, usik ini la...masa ni memang hati sentiasa panas macam di siram bara api.
Ambil Berkat
Haih kita ni orang melayu pasti ada yang kata jenguk baby baru lahir nak ambil berkat la apa la. Tapi masalahnya aku ni penakut nak pegang baby sejak kecil lagi. Ini sejak mak aku tak bagi aku angkat anak buah aku takut jatuh. Haih la, kan dah penakut sampai ke besar. Jadi bahan ejekan kakak ipar pula tapi memang aku penakut nak tak nak terima je la. Di paksa pegang baby walaupun aku takut baby tu tiba-tiba menangis ke apa ke, huih.....kaku tau bila aku diletakkan baby pada pangku. Yes! walaupun masa tu aku tengah mengandung. Mujur bila ada anak sendiri semula jadi aku jadi berani, yup berani sejak dari hospital lagi sebab aku kene jaga Amar sorang diri. Itu pun aku banyak tanya pada jiran katil sebelah sebab dia bersalinkan anak ke 3 atau 4 kalau tak silap aku. :p
Hal ambil berkat ni tak sesuai kot pada aku tapi terpulang la kan kalau ada yang nak percaya.
Jadi berbahagialah pada yang belum ada anak, memang ada kalanya bila bosan pastinya tangis dan tawa anak kecil jadi idaman. Jadi sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti bukan setakat menonton, tapi apa kata membaca novel, keluar jumpa kawan-kawan atau pun kalau dah tak tau sangat tidur je la. Sabar, masa akan tentukan bila masa yang sesuai. Selagi ada masa apa kata stabilkan kewangan atau pun kumpulkan harta, sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti atau kerja. Paling baik jangan selalu murung...kalau murung/sedih apa pun tak jadi tau. Jadi CERIA selalu! :)
No comments:
Post a Comment