Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, September 25

Teringat Menu Lama

Assalam...

Hari ahad lepas tiba-tiba rindu dengan masakan mak masa kecil-kecil dulu. Mudah sangat masakan mak aku. Setiap pagi mak wajibkan aku dengan adik beradik semua sarapan pagi tapi mak tak bagi makan ala barat macam roti dengan telur.

Mak sediakan nasi putih berlauk telur goreng mata seorang satu, ikan kering atau pun ikan bilis goreng di tambah kicap. Wah....ini menu membuka selera aku dan abang aku masa tu. Kiranya kalau lauk malam tadi dah habis ini la makanan yang mak buat. Jarang-jarang mak sediakan nasi lemak, bihun goreng atau pun mee goreng. Kalau hujung minggu mak buatkan roti canai. Sedap!

Jarang-jarang sangat mak bagi kami adik beradik makanan bungkus dari kedai. Biasanya semua dari air tangan mak dan dari dapur rumah. :) Arwah bapa kadang-kadang pernah juga bungkuskan nasi lemak tapi bila mak tak sempat nak masak atau pun bila mak tak sihat.

Sekarang mak rajin masak sama macam dulu juga. Dulu masa arwah ada mak rajin masak sebab arwah tak berapa suka masakan yang orang lain masak. Bayangkan kalau mak cik jiran dekat rumah bagi kuih lepat pisang arwah boleh kata geli nak makan sebab pisang tu mestinya lenyek dengan tangan kan. Erhm...kata mak arwah ni muka tak handsome tapi bab makan memilih dan sekarang menurun pada abang aku pula. Aduhai....nasib la isteri dia tu. Mujur kebanyakkan masa makan di rumah mak kalau tidak lagi panjang lebar la nak menjawab. Abang aku mulut tak jaga pula tu, boleh pula dia komen depan mak aku kata masakan isteri dia tak sedap la, minta isteri dia belajar dengan mak la. Awwww....malu la isteri dia tu kan. Tapi lumrah rupanya...biasanya anak lelaki memang suka masakan mak, sebab 3 orang abang aku dengan dear pun berperangai yang sama.

Sekarang kalau kami semua beradik balik, mak mesti turun ke dapur. Jarang-jarang mak tak masak sesuatu buat kami bila kami balik kampung. Bayangkan kalau sampai rumah tengah malam pun mak mesti sibuk nak sediakan nasi takut kami kelaparan. Oh...kasihnya mak!

Sekarang aku teringin nak jadi macam mak, nak masak masakan yang sedap nak bagi dear dan anak-anak makan. Nak bagi Amar dan Ashraf teringat-ingat dengan masakan aku nanti bila mereka dah dewasa. Syukur walaupun sekarang aku berkerja tapi setakat ini setiap hari sabtu dan ahad pasti aku akan masakkan sesuatu untuk mereka tak kira yang mudah atau pun yang susah. Ikut mampu saja la.

Memang ikut rancangan aku nak duduk rumah saja, nak jaga anak-anak sendiri tapi sekarang ni belum pasti. Rancangan yang seterusnya mungkin tunggu Amar masuk 5 atau 6 tahun aku nak duduk rumah tapi tengok kewangan kami atau pun sama ada aku dah yakin nak mulakan bisness sendiri. Memang berminat nak mulakan bisness tapi belum ada keyakinan lagi. Tambah pula keadaan kewangan belum mengizinkan nak duduk rumah terus. Tapi rasanya kalau ada yang no 3 mesti kene berhenti kerja, takkan nak bazirkan 600 ke 700 untuk bayar anak saja. Belum masuk belanja barang-barang derang lagi. :)


 

No comments: