Assalam...
Pagi Isnin yang sejuk, mana tidaknya bumi ini diturunkan hujan. Ada juga terdetik dalam hati rasa tak nak bangun dan tak mahu pergi kerja. Letih belum hilang, biasa la kalau cuti pastinya masa terluang melayan kerenah anak-anak dan cuba mencari apa yang mereka selera untuk dimakan.
Alhamdulillah aku buatkan mereka laksam, makanan sebelah pantai timur. Tambahan pula makanan ini tidak pedas sebab sambal belacan di hidangkan berasingan berbeza dengan laksa biasa yang semestinya kuahnya lebih pedas. Syukur sangat-sangat walaupun penat menunggu menyiapkan laksam tapi rasa penat berbaloi sebab anak-anak makan dengan berselera sekali.
Dear tak makan banyak sebab kebetulan malam tu aku buatkan kuih lopes jadi mungkin kuih lopes lebih menarik dari laksam. Ye la, maknya selalu buatkan kuih ni bila masa nak raya je kalau tak silap aku. Selebihnya rajin beli je tapi jarang sangat dapat yang sedap dan puas hati.
Kuih lopes aku ringkas sangat. Rendam beras pulut 3 jam je sebab petang tu baru terfikir nak buat. Dear balik je aku terus kukus dan kepal-kepal berbentuk bulat leper beralaskan plastik. Digaulkan dengan kelapa parut dan dimakan dengan air gula merah atau gula melaka. Nyum....cuma beras pulut kurang lembut je, ye la kalau MIL buat lepas kukus MIL akan bungkus dalam daun pisang dan rebus sejam dua aku ni pula cuma kukus je memang la tak lembut dan tak ada bau daun pisang. :p
Ehm....hujung minggu kami semua duduk rumah, keluar juga pergi econsave dengan anak-anak beli barang. Dear kerja sebab ada kerja yang perlu di siapkan segera.
No comments:
Post a Comment