Mari meredakan kemarahan dengan coklat. Heh...memang berkesan, tapi koyak poket dan maunya gigi jadi sakit sebab bukan makan sikit-sikit. :p
Sejak minggu lepas merancang nak beli coklat lagi. Tetiba tengok hari isnin lepas dear beli dan bagi anak-anak makan. Ish...masa tu ingat nak minta satu tapi dear bawa lebih pergi kerja, maklum la kerja di luar mulut pun nak mengunyah je kan.
Keluar masa rehat pergi speedmart 99 beli coklat dan barang-barang dapur sikit (dasar mak-mak orang mesti ingat dengan barang dapur kan). Balik office makan sepuas-puasnya, rasa macam ish...mengidam sungguh ke aku ni eh. Sempat bagi pada maid sikit dan kawan kat ofis yang nampak aku tengah makan. Hehe..
Boleh di buat muffin coklat, bestnya...nanti nak try la buat. |
Yang jenis ni pun aku suka, rajin belikan untuk Amar je tapi bila bagi dia pegang aku dpt seketul je. |
Dari blog HaSue, nampak menarik sangatkan! |
Ini aku ambil dari blog babycutekami.blogspot kebaikan makan coklat tapi sendiri mau ingat la kan.
- Melalui kajian yang dijalankan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.
- Lemak kok yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.
- Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindak dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.
- Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat.
- Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama
- Minuman koko mengandungi kafein yang lebih rendah berbanding dengan minuman-minuman lain yang terdapat di pasaran
No comments:
Post a Comment