Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, August 28

Puasa Sunat Syawal 2012

Assalam...

Hari kedua puasa 6....hari hujan tapi dah minta izin dari dear sejak minggu lepas. Jadi perlu di laksanakan sekarang. Kalau lewat silap-silap tak terbuat jawabnya. Niat di hati nak puasa 4 hari berturut-turut dalam minggu ini, sebab Jumaat cuti hari Merdeka. Harap-harap berjaya. Kalau selesai 4 hari tinggal 2 hari lagi, insyaallah minggu depan boleh habiskan.

Masalah terbesar aku sekarang ialah sangat susah mahu meninggalkan bantal dan tilam di kala tiba masa untuk bersahur. Mana tidaknya masa nak bangun sahur Ashraf pun minta susu kalau bangun sahur awal sangat nanti tiba-tiba tengah makan dia nangis pun susah juga. Nak makan laju-laju nanti langsung tak ada rasa makanan tu. Ish...macam-macam alasan kan, dah bagi susu aku pun tertidur sama terus hanyut sampai terdengar azan subuh dari masjid.

Masalah bila puasa ialah.....mengantuk melampau-lampau sangat rasanya. Tak kira sama ada tidur awal atau tidur lewat sama je. Sejak dari bulan puasa lagi dah rasa macam ni. Tambah-tambah pula kerja tak berapa nak ada kan lagi lah cepat je rasa mengantuk tu datang.

Rancang tahun ini nak puasa sunat Syawal dulu kemudian akan datang nak puasa hari Isnin dan Khamis untuk gantikan 8 hari puasa wajib ramadhan. Ada masa 11 bulan untuk ganti jadi mohon doa dari Allah semoga Allah permudahkan niat aku.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang puasa sunat syawal sila dapatkan info di sini. Semoga dapat menjadi panduan buat semua. :)

 

2 comments:

Yaati Nor said...

tapi yan ustaz don kata baik buat yang wajib dulu..iaitu ganti puasa..wallahualam
yan:buang la notification comen..

Azian & Zaini said...

masa puasa ada tgok di MHI katanya ada 3 cara yang ulama cadangkan mengikut cara masing2. tapi aku tak ingat nama ulama tu semua sbb sibuk layan budak2

1) puasa ganti dahulu kemudian baru puasa sunat syawal - tapi kan susah, kalau nak ganti yg wajib tu banyak hari maknanya nanti yg sunat tu dah ketinggalan.

2) puasa ganti sekali dengan puasa sunat. - di bolehkan juga.

3) puasa sunat dahulu kemudian puasa wajib - tempoh puasa sunat cuma sebulan jadi lebih elok puasa sunat dahulu, kemudian 11 bulan yg ada gunakan untuk ganti puasa wajib.

ini yg aku dengar la. tapi kalau salah harap bg info lg ek

(notification tu tang mana? aku tgok ok je...hehehe )