Syukur semalam dapat berbuka puasa beramai-ramai dirumah mertua. Aku sempat kemas rumah, basuh langsir dan kemaskan bahagian dapur dengan segala mak nenek tupperware yang banyak dek kerana pemberian mertua dan akak ipar.
Kami pergi rumah MIL lepas asar, pukul 5.30 petang itu pun dear kata tak payah masak apa-apa. Huish....kat sana akak ipar dah masak kuah kacang, sayur lodeh dan ayam masak kicap untuk diberikan pada jiran-jiran setaman di Meru, Klang. Akak ipar minta tolong MIL rebuskan nasi impit sebab akak ipar tak ada periuk besar untuk merebus nasi impit.
Masa aku tiba semua dah siap tapi akak ipar kebetulan tak puasa jadi dia nak tambah menu mudah. Goreng jemput-jemput udang kering di campur dengan kacang panjang. Sedap!
Yang tengah duduk mengadap tu anak akak ipar tu la, dah 5 tahun umurnya petah berkata-kata. Suka dan buat aku tertunggu-tunggu bila Zikri nak pandai berkata-kata dengan lancar. Erk!
Dear
Hasilnya dapat 2 jug air kelapa, isinya tak banyak sebab ada 3 4 biji yang sudah keras isinya dan boleh di buat kelapa parut.
Anak sapa la yang pantang nampak makanan ni...ish....bikin malu je tapi mujur makan sampai habis. Sekejap je bila minta yang lain mula lah tak nak habiskan. Rambang mata tengok banyak makanan. Tapi bila kami paksa pergi bahagian depan rumah jadi haru biru pula derang bermain beramai-ramai.
Menu yang ada ialah nasi impit, kuah kacang, sayur lodeh, ayam masak kicap, ayam masak ungkep, buah tembikai, buah longan, mee hailam, roti john, popia goreng, sukun goreng, kuih tepung pelita, kuih puteri ayu, kek batik, jemput-jemput dan kurma. Air pula ada 2 jenis satu air kelapa satu lagi air oren sunquick.
Di kerusi sana ada MIL, abang ipar yang paling sulung dan isterinya serta ada seorang anak buah yang sibuk melayan Ashraf.
Anak akak ipar yang bersuara nyaring. Erk...nak buat macam mana, kurniaan kan. Terima sajalah...yang penting sihat dan pastinya bijak.
Makan time! Nyum nyum
Pusingan ke 2 selepas basuh pinggan sebanyak 3 dulang dan gelas 1 dulang. Hehe...tertinggal pulak, akak ipar yang sulung bawa agar-agar sunquick. Tapi aku tak sempat nak merasa sebab masa tu aku sibuk melayan Amar pula dan pergi tengok tv live game badminton. Rugi! tak dapat rasa yang ini je ish!
Pendek kata berbuka beramai-ramai memang seronok. Sekarang menunggu masa berbuka dengan keluarga aku di kampung pula. Mesti ada macam-macam makanan kan. Yang pasti air tangan mak yang buatkan kami adik beradik makin berselera makan.
Rindu dengan lemang dan rendang mak! Tak sabar nak tunggu 2 minggu lagi nak balik kampung.
No comments:
Post a Comment