Assalam...
Hari pertama kerja, walaupun aku seorang je melayu yang ada dalam office tapi tak mengapa. Kerja harus di teruskan. Sejak sebelum raya aku dah tahu kawan-kawan melayu lain semuanya masih bercuti tapi bila aku fikirkan lebih baik aku kerja sebab aku masih belum ada cuti tahun dan baru 2 bulan kerja di sini. Dear pun cuti sampai hari Rabu sebab aku masih bercuti, jadi sempatlah kami habiskan cuti raya dengan menjenguk saudara mara.
Alhamdulillah walaupun tahun ini tak semeriah tahun lalu tapi aku tetap bersyukur. Dugaan Allah pasti ada hikmahnya dan dapat mematangkan aku lagi. Bak kata orang di bibir terukir senyum tapi dalam hati tersimpan seribu satu kepahitan. Oh...lupakan masalah itu!
Kami balik kampung pagi sabtu, masa MIL sibuk siap-siap nak masak ketupat, kuah kacang dan sayur campur. Aku memang dah tak sabar nak balik tapi dear kata lebih baik balik pagi takut jalan jem. Kalau pagi selalunya orang tak ramai lagi. Nak tak nak tunggulah pagi, makanya malam sabtu sempatlah basuh baju dan kemaskan rumah sebelum balik kampung. Sahur pun makan roti je sebab dah hampir masuk waktu imsak. Sabar je la kan.
Sampai kampung kami singgah giant Teluk Intan dulu membeli barang sikit dan sampai rumah kampung pukul 3.00 petang. Syukur perjalanan balik kami selamat dan berjalan lancar. Kami guna jalan Kuala Selangor - Teluk Intan untuk elak jem. Aku memang selesa ikut highway tapi kalau musim-musim raya ni aku lebih suka ikut jalan kampung.
Sampai kampung mak dah siap masak lemang, rendang masih dalam kuali atas dapur. Dear terus terbaring dan Ashraf tidur dalam buai. Amar seorang sibuk main dengan sepupu yang ada. Kebetulan akak ipar pula bersalin petang jumaat. Wah...tambah baby baru raya tahun ini. Jadi cucu mak aku ada 12 orang dah tak boleh tanding dengan MIL yang ada lebih 20 orang. hehehe..
Mak sibuk nak makan dodol tapi orang lelaki tak ada nak tolong. Aku tolong la kacaukan tapi bila separuh jalan terasa pening macam nak pitam. Bawa baring hilang tapi bila sambung kacau dodol lagi terasa nak pitam lagi. Erk..lastnya mak kata kalau tak larat buka je la. Yes! memang tak larat sebab sahur makan roti je kan, dah tu terpaksa buat kerja berat. Hmmm sedar sikit apa yang dear rasa kalau tak sahur! :(
Buka awal makanya ada 7 hari perlu di gantikan. Erk...Insyaallah minggu depan nak mula puasa 6 dan yang lebih tu nak mulakan selepas habis syawal dan puasa 6. Ini niat untuk bulan syawal tahun ini. Moga-moga Allah berikan kemudahan pada aku untuk laksanakan semuanya.
Malam raya memang penat sebab banyak kerja nak kene buat. Baju dah siap tapi kain belum siap, mak tersangatlah sibuk menjahit tempahan orang lain tapi anaknya punya baju malam raya baru siap. Tidur pukul 12.00 malam itu pun sebab Ashraf dah terjerit-jerit menangis cari aku. Sabar sangat lah kan.
Raya pertama pagi tu duduk rumah siapkan makanan, biskut raya dan air. Senang kalau tiba-tiba ramai sedara datang serbu rumah. Tapi tahun ini tak semua sedara balik jadi tak semeriah tahun lalu la jadinya. Abang aku pun terpaksa bertugas jaga balai dia sebab sejak masuk bomba malaysia ini tahun pertama dia berkerja di hari raya. Kami 4 beradik ada di kampung pun sudah cukup meriah rumah tu, mak paling sibuk ada saja yang nak di buat dan di masak.
Sebelah petang raya pertama kami jenguk mak tok. Dapat juga tengok bahagian bawah rumah yang baru siap bersambung cuma tunggu air masuk je, Lepas ni kalau datang rumah mak tok tak payah naik tangga lagi la. :p
Raya kedua siap cantik-cantik kami pergi kubur melawat arwah bapa. Tak ramai orang seperti hari raya pertama jadi lengang sikit. Alhamdullillah semuanya baik-baik saja, sempat pergi menjenguk kubur pak cik sedara, atok sebelah mak dan atok nenek sebelah arwah bapa. Kalau di ikutkan mak semua yang ada di sana semuanya saudara kami tapi takkan kami nak jenguk satu persatu kot makan masa pulak. Tambah pula Amar dah mula letih mujur dear parking dekat jadi senang kami nak gerak balik.
Rancangan nak balik pagi raya ke 2, tapi mak kata nak masak lemang lagi jadi kami terpaksa tunggu sampai ke asar baru kami gerak balik. Penat sangat sebab jalan jem. Walaupun masuk jalan pintas tapi masih juga jem. Sabar sangat lah kan, lain kali kalau nak balik memang kene balik sebelah pagi juga. Sampai rumah pukul 12.00 malam sebab singgah beli nasi lemak di klang. :)
Opppps terpanjang pula kisah raya ni tapi tak bergambar. Tak ada masa nak ambil gambar dek melayan anak yang 2 orang tu tambahan pula hp dah rosak. Masa nak raya ni la dia nak rosak....ish!
No comments:
Post a Comment