Assalam...
Sudah masuk hari ke 18 berpuasa, kurang 2 minggu lagi kita akan meraikan hari raya. Sambut raya dengan ceria atau duka? pada aku mesti ada terselit kedukaan...mana tidaknya arwah bapa meninggalkan kami ketika kami masih dalam mood beraya.
Ya! masih ada orang lain yang lagi teruk nasib mereka, mungkin ada yang kehilang ketika meraikan hari raya pertama. Memang sentiasa diingati, sentiasa terbayang-bayang kenangan bersama ketika beraya. Tambah-tambah lagi bila ada anak tapi arwah tak sempat nak berjumpa.
Pernah ada kematian di kampung aku berlaku pada malam raya. Sedih sangat sebab pagi raya selepas sembahyang sunat raya orang kampung uruskan pula jenazah. Kebetulan arwah ni berniaga kedai runcit jadi ramai juga yang membantu walaupun hari tu hari raya. Sambil-sambil orang lain melawat kubur saudara mara mereka sempat membantu dan mengaminkan doa di kubur sana.
Arwah bapa pergi raya ke 10. Kami adik beradik baru balik ke tempat masing-masing untuk memulakan tugasan harian. Tapi baru bekerja 2 3 hari kami di kejutkan dengan berita yang menduga akal dan minda kami. Benak di hati memang sebak sampaikan menangis teresak-esak sambil minta izin dari HR untuk keluar awal.
Masa tu tak fikir nak telefon mak kat kampung, yang pasti kalau aku telefon mesti lagi teruk raungan mak di sana. Biar saja kami berjumpa bertentang mata dan berpelukan bersama-sama.
Kenangan hampir 3 tahun lalu kini kembali. Mana tidaknya....dugaan aku hadapi sekarang amat sakit, kalau lah arwah masih di sini....pasti boleh memberikan sokongan mental.
Semoga arwah tenang di sana, ya Allah...Kau tempatkan arwah di kalangan orang-orang beriman, doaku padanya tidak pernah putus. Insyaallah tempat arwah dalam hati ini sentiasa yang terbaik!
(p/s : maaf, moody sket hari ni, kesihatan tidak mengizinkan dek kerana selsema, deman dan batuk menyerang. Harap-harap kesakitan ini dapat menghapuskan dosa-dosa kecil ku. Balik kerja nak singgah klinik beli ubat, malas nak jumpa dr)
No comments:
Post a Comment