Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, August 13

Kidal Aka Bertangan kiri

Assalam...

Menurut 1 laman web ni hari ini 13/8/2012 adalah Hari Kidal. Tak pasti sebab sebelum ini tak pernah tau pula.

Kalau nak kepastian sila jenguk di lefthandersday

Aku memang seorang kidal, sejak kecil banyak peristiwa yang berlaku. Paling tidak dapat aku lupakan arwah bapa aku pernah marahkan aku sebab suka makan guna tangan kiri. Wow! anak aku sekarang guna tangan kiri pun aku bising inikan pula arwah bapa aku dulu.

Kata arwah aku ikut adik arwah bapa aku yang bertangan kidal. Ehm....cuma aku seorang dari 5 beradik yang kidal yang lain semuanya normal guna tangan kanan.

Kata orang pula orang tangan kidal ni kreatif tapi aku rasa langsuung tak kreatif pun. Erk...ke memang aku ni bukan kreatif orangnya. Entahlah sebabnya pernah sekali je aku masuk pertandingan melukis dan mewarna dan syukur aku menang dapatlah hadiahnya sehelai tudung. Itu zaman sekolah rendah dulu la, menang no 1 cuma dapat tudung je sebab pertandingan semperna Maulidur Rasul.

Ada kedai yang menjual barangan harian untuk pengguna kidal macam aku. Tapi entah setakat ini aku terbiasa dan selesa gunakan barangan biasa. Maklum saja kalau dari dulu digunakan pastinya selesa saja aku guna sampai sekarang. Bertukar pada yang baru pastinya pelik pada aku mau pun sesiapa juga kan?

Ini pembuka tin tak kisahlah tin susu atau apa saja tin. Tapi pada aku yang sekarang pun sudah cukup, beli yang baru untuk aku seorang guna kan rugi. Dear bukan nak guna sangat pun. :p


Pembaris! yang ni pada aku memang sesuai dan senang nak digunakan. Betul la kan pegang pen tangan kiri dan pembaris tangan kanan. Cuba korang buat, kalau yang tangan kanan senang la tapi pada yang kidal terjenguk-jenguk ukuran tu.

Gunting ni pada aku tak kisah kalau aku tak ada.

Pada aku menjadi seorang yang kidal memang unik tapi kadang-kadang sakit hati tau. Teringat masa ambil lesen tahun 2008 dulu cikgu yang mengajar siap kutuk kata kidal tapi tangan kiri lembab sebab masa tu aku tukar gear lambat.

Sejak dari tu memang aku panas hati, aku tekad nak belajar sungguh-sungguh sampai dapat lesen dengan sekali ujian je. Huhu...terkejut cikgu tu tapi aku buat-buat biasa je la kan, nak buat macam mana kalau dia nak gunakan kelemahan kita. Sabar je la.

Kalau masa belajar dulu aku sentiasa duduk sebelah kiri. Kawan sebelah kanan mesti bertangan kanan jadi kami senang nak menulis. Kalau aku duduk sebelah kanan mesti terlanggar lengan masing-masing. :p

Selamat hari kidal pada semua yang menggunakan tangan kiri. Kita semua serupa tapi Allah jadikan kita sedikit berbeza satu sama lain. :)


 

No comments: