Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, August 2

Tayar Bocor

Assalam...

Sudah masuk Ogos, pantas sungguh masa berlalu. Kurang 3 minggu lagi kita akan meraikan hari raya, semoga Allah memberikan sepenuhnya syariat pada semua di bulan ramadhan yang mulia. Dah hampir separuh bulan kita berpuasa harap-harap dapat berpuasa penuh tahun ini.

Awal bulan amat sibuk di sini, banyak laporan perlu di sediakan. Ok! ini je la masanya aku sibuk walaupun orang lain hari-hari sibuk.

Awal Ogos sangat tidak menyeronokkan. Kenapa? hehe... pagi semalam tayar kereta pancit habis di tepi jalan. Aduh....kalau pancit di office pun takkan aku nak susahkan kawan-kawan tolong tukarkan tayar kot. Hm..dear lah yang menjadi mangsa.

Selesai tukar tayar kereta dan isi angin secukupnya aku masuk kerja pukul 9.00 pagi. Wow! berani tau walaupun belum cukup 3 bulan lagi di sini tapi pasal aku dah info bos awal-awal tu yang tak risau sangat. Masuk kerja terus buat kerja laju-laju.

Balik rumah ambil anak-anak di rumah MIL dapat tahu pula motor dear pancit. Wah! macam di rancang-rancang pula ek, pagi tayar kereta bocor tengahari tayar motor pula bocor. Dugaan sungguh ramadhan tahun ini. Dah la belum gaji lagi, pening kepala nak fikir jadi jangan fikir.

Ok mau mulakan kerja, semoga hari anda hari ini lebih baik dari semalam! :)
 

No comments: