Assalam...
Hari baru permulaan baru buat aku
setiap hari sekarang. Haha...mana tidaknya, sudah mula bekerjaya
semula. Bekerja menjadi seorang pembantu kepada bos dan pengurus yang
kebanyakkan berbangsa cina. Urusan kerja pun banyak dengan orang
China.
Menarik kerja kat sini sebab internet
yang terhad, tiada cakap-cakap belakang sebab tak ada ramai staff
berbangsa melayu. Kalau ada mereka duduk jabatan lain dan aku hanya
dikelilingi dengan bangsa cina sahaja.
Setakat ini tengahari keluar makan
balik rumah lebih senang, ingat minggu depan nak keluar bungkus dan
balik makan terus di office dengan kawan-kawan yang lain.
Hujung minggu boleh di gunakan untuk
bersantai dengan Ashraf dan Amar. Setiap petang terasa begitu sedih
bila tengok mereka begitu gembira nampak mamanya sampai nak ambil
mereka. Ish....baru 3 bulan duduk rumah. Ini yang tak suka ni.
4 comments:
salam perkenalan,
Tapi penat hilangkan bila tengok muka anak-anak :)
salam perkenalan nur...
tq sudi jenguk blog tak seberapa ni.
memang pun bila balik rumah dpt cium bau busuk derang tu la yang paling dirindui :p
Ini Nama dia ski at duduk rumah....
mmg suka tapi bila hujung bulan tgok bil jd tak suka..hehhe...hutang ptptn pun blm langsai ni
Post a Comment