Assalam...
Aduh malam tadi ketinggalan menonton Masterchef Selebriti Malaysia. Wah...tunggu hujung minggu la jawabnya baru dapat tengok ulangan penuh. Erk. Ok bukan aku sorang je yang suka tengok tapi dear pun suka sebab ada pelawak terutama angah atau pun farouk hussin. Memang menggeletek telatah dan gelagat mereka.
Paling tidak sangka Dato' Fazley pandai juga memasak. Dan paling tidak suka air muka Juliza sebab ada masa nampak macam terlalu yakin dengan apa yang dia buat. Ish... ada saja pula yang tidak sukanya kan. Hehe...adat la kan.
Tak pasti bila minggu akhir sebab kalau minggu ni seorang tersingkir masih ada lagi 4 orang. Kalau tak silap masa Masterchef Malaysia yang pertama tu cuma 2 orang terbaik dapat masuk final. Tapi mungkin ada kejutan di sini. Hehe...artis pilihan aku mesti la dato fazley dengan winnci. Dia pun masak nampak sedap walaupun dia teragak-agak. Tambah suka masa dia masak ikut tema lagu. Wah....hebat!
Tapi yang tak hebat dapur aku sekarang jarang berasap. Kenapa? Sebab aku rajin masak bila hari cuti sahaja, bila hari bekerja aku suka beli lauk dan masak nasi di rumah. Jimat masa aku selepas balik bekerja. Syukur sebab cadangan ini dear yang anjurkan. Bukan apa bila masak kadang-kadang aku tak selera nak makan sebab penat berganda-ganda. Lagi pun dapat jimatkan kos barang dapur. Hehe...akal mesti panjang ok untuk selamatkan diri. Mak aku pun selalu suruh aku beli je dari masak sendiri sebab dapat berrjimat cermat. Jadi hujung minggu jangan bising-bising pula nak makan kat luar. :p
No comments:
Post a Comment