Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 9

Dapat Makan Rojak Dan Cendol Klang

Assalam...

Hujung minggu lepas kami tak keluar pergi mana-mana pun kecuali bawa kakak aku pergi makan rojak dan cendok klang. Itu pun dia yang ajak sebab teringin nak rasa sedap sangat ke ek.

Kakak datang rumah tengahari sabtu, kebetulan cuti dan dia pula memang baru-baru nak belajar bawa kereta sendiri datang rumah aku. Lebih kurang macam nak bagi dia test ingat jalan atau pun tak. Hehe.... Sampai je terus makan tengahari. Mujur aku dah siap masak awal-awal. Siap makan rehat dan solat zuhur kami bersiap nak pergi makan rojak klang. Perlu keluar awal takut bila keluar petang cuaca hujan. Maklum saja cuaca sekarang tidak menentu.

Sampai disana memang tak ramai orang, senang dan selesa nak makan. Huhu...Puas dear makan sampai 2 mangkuk cendol. Kami pun memang lama tak makan kat sana tu yang dear pun tak keberatan nak bawa.

Habis makan terus balik rumah, tak kuasa kami nak jalan-jalan lagi. Tambahan pula Ashraf nak tidur, kesian pula kalau di paksa dia tahan-tahan matanya. Budak-budak memang boleh tahan tapi kalau dah sampai 1 tahap memang derang tak boleh tahan habis la...mengamuk sakan jadinya. Amar selalu buat macam ni sekarang naik pening kepala aku di buatnya. Bila di suruh tidur elok-elok boleh dia buat-buat tak tahu.

Malam minggu lepak rumah je, ahad pula lepas kakak balik kami berempat keluar pergi rumah pengantin. Itu pun dah masuh pukul 3 petang baru kami sampai sebab tunggu Amar bangun tidur. Ada anak kan, begini la hal-halnya. Anak-anak selalu menjadi keutamaan aku.

Balik tengok pengantin kami bawa kakak ipar yang jaga Ashraf melawat kawannya yang baru melahirkan baby lelaki. Wah...makan lagi, tapi yang ini dear tak nak join sebab katanya ini kenduri cukur jambul dan tuan rumah kawan kakaknya...jadi dia tak minat nak ikut. Rugi dear sebab mereka hidangkan lauk kari kambing, dear memang suka kambing ni. hahaha...

Itu saja lah aktiviti penat aku dan keluarga hujung minggu. Teringin juga nak bercuti-cuti lagi, tapi tunggu la next year. Hujung bulan ni

 

No comments: