Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Monday, July 30

Makanan Basi

Assalam...

Minggu lepas ada singgah 2 kali ke pasar ramadhan. Niat di hati nak makan nasi dagang. Selalu kalau pergi pasar malam tempat yang sama memang aku suka beli nasi dagang. Hehe...tengah kemaruk makan nasi dagang pula.

Aku beli pukul 6 petang selepas balik kerja. Buka puasa pukul 7.30...kawasan shah alam dan Kuala Lumpur aku makan nasi berkongsi dengan dear sebungkus sebab aku tau mesti tak boleh abeskan makan sebungkus seorang.

Pukul 10.30 malam rasa nak makan tapi tak kan nak makan nasi kot, tengok-tengok lauk gulainya dah berbuih. Ya Allah! kalau makan maunya sakit perut. Kenapa begini? mereka masak sejak awal pagi tapi kenapa sudah basi.

Terfikir juga nak tanya orang yang jual nasi dagang tu tapi entah rasa tak terluah pula. Yang pasti aku tak akan beli lagi selepas ini. Mungkin tak terigin lagi rasanya nak singgah ke pasar ramadhan di sebabkan kes ini. Betul-betul membuka mata, orang membeli makanan untuk di makan dan selalu menganggap makanan itu bersih. Tapi bila begini jadinya? salah siapa? takkan salah aku kot? baru berapa jam saja lauk tu ada kat rumah. Lain la kalau masa sahur dah basi, itu memang aku tak kesal.

Tengok muka orang tu pun tak sanggup dah.

 

No comments: