Assalam...
Sejak kerja makin dekat dengan rumah lagi terasa nak berjimat cermat. Konon! hehe...tapi ini impian juga tau. Dulu seminggu ulang alik RM60 termasuk kalau keluar jalan-jalan hari Ahad. Maklum saja kereta lama jadi penggunaan minyak pun lebih banyak berbanding kereta baru. Itu pasal perlu berjimat.
Beberapa hari lepas aku bercerita tentang kad minyak kad-mesra sekarang nak berkongsi tentang penjimatan minyak pula. Dear pun sekarang pergi kerja naik motor je jimat, seminggu kalau tak silap RM5.00 pun dah cukup. Jadi kalau boleh aku nak jimatkan minyak aku sekarang kepada RM30.00 seminggu. Termasuk keluar jalan-jalan hari Ahad. Boleh ke ek?
Ada 4 laman blog yang aku jumpa.
1. ayuh berjimat blogspot
2. tips penjagaan keretablogspot
3. azril nazli blogspot
4. ciktom com
Antara 4 yang ada aku paling suka blog cik tom dan blog tips penjagaan kereta.
Ini dari tips penjagaan kereta, ada juga tips yang main-main aku baca tapi aku kongsikan juga. Maklum saja golongan perempuan ni bukan ambil tahu sangat tentang kereta.
1. Servis kereta ikut jadual – kereta yg di maintain dgn baik akan beroperasi pada kecekapan maksimum
2. Penapis udara dan penapis minyak petrol kena check! (Penapis minyak petrol kene tukar 40 000 km sekali)
3. Spark plug perlu dlm keadaan baik ( Tak hitam & gap OK)
4. Tayar perlu diisi angin dgn pressure yg betul, kalu tayar tak cukup angin, minyak makan…
5.
Pakai kereta yg CC rendah tapi kalau nak pakai yg CC tinggi pun boleh
cuma system kene bagus la macam Honda i-VTEC, Toyota VVTi atau pakai
sistem
6. Jangan tarik pick-up lebih 3000 rpm setiap gear , tapi sekali-sekala boleh la takut engin lemau
7.
Go slow man ! jangan speeding .90-100 km/j tu kira ok la.., tapi kalau
terbakar sebab ada orang ajak race-kejar.. jgn tak kejar (Syukur, tempat baru ni tak payah nak pecut sampai 90, setakat 60 pun dah ok)
8. Elakkan kesesakkan jalan raya, lagi lama tersangkut (engin idle) lagi makan minyak (kene tukar gear selalu) (Tak jem bila pergi cuma bila balik jem tapi tak ada la teruk sangat)
9. Kalau parking menunggu tu, matikan engin
10. Berkongsi kereta (Tak ada geng yang nak tumpangkan)
11. Naik motor (4 lejang) (Tak pandai bawa motor)
12. Naik Basikal (Penat la kalau dekat tak apa)
13. Naik pengangkutan awam (Tak ada bas lalu di laluan yang aku tuju)
14. Guna tayar kereta yang low profile dan ada special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang)
15.
Pakai rim tayar biasa dah le, kalu nak pakai sport rim biar sesuai dgn
kereta (dapat pakai macam rim motor lagi bagus – ringan maa… macam
kereta klasik)
16. Isi minyak kat stesen minyak yang pakai meter analog <--- sapa tahu meter analog ni apa ek?
17.
Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran engin, kalau kereta biasa – 80%
daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Kalau nak tingkatkan
ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti
Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak (Dah terbukti
!!!)
18. Isi minyak slow-slow masa kat stesen minyak. Isi minyak sambil minum kopi dan borak-borak (Aduh...tak pernah di buat la plak, kalau time puasa atau pergi isi minyak sorang-sorang cam ne?)
19. Elakkan jalan berbatu dan tanah merah
20. Gunakan engin Hybrid (gas-electric) (Tak mampu nak beli lagi :P)
21. Guna engin Electric (pakai bateri)
22. Gunakan tenaga solar
23. Kurangkan penggunaan air-con, (Memang tak guna air con tak kira pergi atau balik kecuali ketika hujan saja)
24.
Kalau kat highway tu, cucuk angin kereta lain (follow belakang kereta
lain utk kurangkan daya tolakan angin (Di sarankan cucuk angin kereta yg
power sahaja seperti Mercedes, BMW, EVO )
25. Buang Catalytic
converter pada system ekzos dan ganti dgn free flow center bullet (Tapi
sebelum buat pastikan tahap kecekapan pembakaran engin anda
ditingkatkan, kalu tidak banyak asap keluar be
26. Ganti ekzos belakang dgn free flow ekzos (Kalu takut bising, cari yg brand baik punyeee, mesti marii)
27. Loweredkan kereta anda
28.
Pakaikan kereta anda skirt labuh tapi jangan cecah jalan dah la.Ini
bertujuan untuk kurangkan rintangan angin, tapi skirt tampal tak main
sebab takut angin tembus
29. Kalau nak pergi kedai kat rumah tu, jalan kaki lagi bagus, boleh exercise
30. Cari tempat kerja dekat dgn rumah, kalau dapat tidur,makan, berak,mandi kat office lagi best.
31.
Petrol mudah terpeluwap, jadi kalau nak isi minyak isi time pagi atau
waktu sejuk dan kalau dapat parking tempat redup lagi best. Cuba korang
kene jemur.. masak dibuatnye.
32. Kalau nak isi petrol kat stesen minyak pastikan isi penuh, tak payah nak ulang alik cari stesen minyak
33.
Jangan bawak banyak barang. Kalau boleh bawak yg perlu sahaja.
Penggunaan minyak bergantung kepada weight/power ratio – power kereta
dah fix, bila berat bertambah -nisbah meningkat dan penggunaan minyak
pun meningkat. Lagi satu, cuba-cubalah kuruskan badan tu sikit dan
turunkan perut tu….
34. Tinted cermin kereta anda (Semua cermin).
Lagi kurang cahaya matahari masuk, lagi bagus (cthnya gold dust 95%
block heat) sebab ia berkaitan dgn penggunaan air-con dan emosi anda.
Contohnya, kalau air-con kurang guna atau guna pada tahap minimum,
minyak pun save dan anda pun kurang terbakar atau kurang nak marah sebab
ada kajian menunjukkan cuaca panas akan meningkat tahap kebrutalan
seseorang itu Bila dah ‘panas’ mula la jadi samseng jalan raya
35.
Terdapat juga teknologi baru dimana kadar ketembusan cahaya pada cermin
kereta anda boleh diubahsuai (Kat negara kita belum dikomersialkan)
menggunakan tenaga elektrik drp bateri anda. Bila nak parking – gelapkan
cermin kereta, bila nak drive cerahkan balik. Rujuk [
fcp://@fc.ramunia. com,%2318476420/ MailBox/_ blank/home. howstuffworks.
com/smart- window.htm
]http://home. howstuffworks. com/smart- window.htm
36.
Gantikan Air filter kereta anda dengan filter K&N sebab filter
K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara
adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan
mudah tersumbat
37. Boleh cuba pakai micro-compressor (www.micro-compress or.com) atau Air Injector (www.air-injector. com)
38. Kalau nak pergi kerja tu, keluar la awal sikit, takde la terkejar-kejar. Rilek je drive dan tak sakit kepala.
39. Perbanyakkan stesen Petronas
40. Pasang intercooler pada enjin anda (bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)
Yang aku kalerkan pink tu kan dah kategori mengarut! :)
Untuk blog cik tom tu korang pergi la jenguk sendiri, bila baca tips yang 40 pun macam ni tips yang 30 entah macam mana pula. Tapi mana yang baik boleh lah diamalkan.
No comments:
Post a Comment