Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, July 21

Masak Kek Di Office

Assalam..

Kisah isnin lepas, kami di office masak-masak kek sponge. Mujur menjadi, tujuan utama untuk test power barangan baru yang ada dipasaran sekarang. Jadi hasilnya memberangsangkan. Sedap kek yang kami buat.
Bahan dan cara pembuatan yang mudah.


Nak resepi ke?hehehe

Inilah barang yang kami uji hari tu, syukur dia berfungsi dengan baik dan sempurna.

Kek span mudah.
Bahan-bahan
4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung kek
2 sudu teh baking power
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
- Pukul 4 biji telur putih dan setengah cawan gula hingga bertanduk (terbalikkan mangkuk telur tak jatuh)
- Tuang telur dan pukul 4 biji kuning telur dan setengah cawan gula hingga telur berwarna keputihan.
- Campurkan telur putih dan gaulkan rata, masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak.
- Masukkan esen vanilla dan gaulkan rata.
- Tuangkan ke dalam acuan kek dan dibakar dengan suhu 150' selama 20 - 25 minit.
- Selepas siap di bakar tunggu 5 minit atau sejukkan kek sebentar supaya kek tidak jatuh (maksudnya masa masak kek tu gebu naik tapi kalau keluarkan dia akan jatuh dan tak nampak gebu lagi la.)

Ok ini kalau nak cuba la, kalau tak nak cuba pun terpulang. Hehe...menu mudah yang boleh di sediakan untuk raya nanti

No comments: