Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, July 17

Resepi Roti Canai Mudah

Assalam...

Nak buat entry makan-makan dan masak-masak.Sejak 2 3 minggu ni tekak terasa nak makan dan hati pula terasa rajin nak buat sendiri. Baru puas makan kalau beli makan sikit je kan, tak puas langsung.

Malam sabtu lepas ada kuah kari semangkuk tak habis, sayang nak buang begitu saja. Jadi teringin nak makan roti canai tapi nak yang macam mak aku buat. Erk..pengsan! siap tanya mak nak pastikan betul ke tidak bahannya. Hehe...nasib baik mak ok je.

Tepung yang siap di balut dengan mentega.

Nak resepi ke? ish...ini cara aku, mak aku ajar aku sejak dari dulu lg. Cuma ini kali pertama buat sendiri tanpa bantuan mak di sebelah. :p

Bahan-bahan
500gram tepung gandum
2 sudu gula (aku guna 1 1/2 sudu)
secubit garam halus
2 sudu mentega
2 sudu susu pekat
+/- secawan air suam

Cara-cara
Campurkan semua bahan kecuali air suam. selepas di tepung digaul tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang lembut.
Uli lebih kurang setengah jam, bulatkan lebih kurang saiz 50gram dan di balut dengan mentega untuk mengelakkan doh melekat.
Simpan semalaman atau 5 - 6 jam.
Canai doh senipis yang mampu dan lipat, sedia untuk di goreng.

Kalau nak letak inti pun boleh, letak ini sardin atau telur. Nyum nyum...

Roti canai yang telah siap digoreng, buruk betul aku tengok.

Mudah bukan, pada aku 500gm tepung gandum cuma dapat 18 keping sahaja. Macam tak puas pula. Nanti nak buat lagi guna 1kg tepung cuma masa nak menguli memang penat sikitlah. Hehe...kalau ada lebih boleh goreng separuh masak dan simpan dalam peti ais, ala-ala makanan sejuk beku.

2 comments:

man said...

salam, tumpang amik resipi roti canai, :-) saya tgk blog tuan hamba dari tahun 2008 lagi, walaupun visitor tak byk, tp takpe, at least dpt kepuasan hati and anak2 esok boleh baca tentang kisah hidup anda.

Gambate

Azian & Zaini said...

hehe...berblog untuk suka2 je :)