Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, November 21

Jumpa Kawan Lama Di Putrajaya

Assalam

Beberapa bulan selepas raya puasa kawan baru wujudkan group whatsapp untuk kawan sekolah menengah dan sekolah rendah. Riuh rendah 2 3 minggu dalam group kami hari-hari ada saja yang nak bercerita. Sekarang sudah masuk 3 bulan nampak senyap sedikit tapi setiap hari mesti ada yang diceritakan. Seronok bila ada kawan-kawan dalam kesusahan kami bantu mana yang mampu. Insyaallah kami kawan-kawan tak pernah lupa pada kawan-kawan sepermainan maupun sepengajian.

Ini pertemuan pertama kiranya untuk kami. Ada yang hampir 15 tahun tak pernah jumpa, ada yang 10 tahun tak berjumpa dan ada juga yang dah bertahun-tahun tak berjumpa. Pendek kata perjumpaan kali ini memang mengeratkan lagi ukhwah yang ada antara kami.

Berlangsung di rumah sahabat kami suami isteri rakan sekolah kami...jodoh mereka pula kahwin kawan-kawan 1 sekolah.
Gambar berterabur, jadi sila jangan pening kepala tengok ye.

Fuh....tengok muka aku bukan main seronok lagi berborak dengan geng nakal masa duduk asrama sekolah dulu. Hakikat...memang kami geng nakal.
Ini semua yang ada datang petang tu, walau pun kes sebenar cuma untuk sesi hantar barang yang di kirim tapi jadi sesi perjumpaan pula. Tak apa sambil menyelam minum air.
Sahabat dan geng nakal di asrama dulu, sekarang jadi cikgu baru tahu perasaan cikgu kita dulu kan. Alhamdulillah, anak pun dah nak masuk 2.

Makan mee kari, kuih muih dan juga buah-buahan yang dah di siapkan oleh tuan rumah. Tapi kuah mee kari memang pedas terangkat!
Tiba-tiba ada pula budak tembam ni, semua geram macam nak kunyah-kunyah je paha dia ni.
Bersantai sambil tonton tb, lama tak buat begini sesekali memang seronok berbual.
Aku paling lambat sampai sebab sesat! sabar je la...
Sesi makan sambil bergosip...lama tak jumpa kan, mesti banyak cerita nak di kisahkan.
Tu dia sambung sembang lagi sambil makan-makan.
Encik suami-suami dan anak-anak menonton sambil tengok anak-anak main.

Yang pakai baju biru tu mengandung tapi tak nampak plak sebab tengah pegang baby kot.
Peluk cium sebab lama sangat tak jumpa mereka ni. Rindu



Kek batik tuan rumah sediakan, nampak tak sekaya dalam tipuware tu? itu la alasan sebenar tapi terus jadi sesi perjumpaan.
Alhamdulillah Allah masih berikan kami hubungan yang erat lagi, sempat berjumpa walau pun telah hampir 15 tahun tidak berjumpa. Syukur sebab kami masih ingat dengan kisah lama kami sewaktu sekolah dulu. Kenangan zaman persekolahan memang manis untuk dikenang.

No comments: