Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Tuesday, November 25

Sepetang Makan Laksa

Assalam

Ada yang dah kali ke 3 kami berjumpa, tapi ada aku kisah...langsung tak kisah sebab bukan selalu dapat jumpa macam ni.

Kali ini gerak ke rumah lagi seorang kawan di bandar saujana putra, Alhamdulillah aku tak sesat sebab raya puasa dulu pernah sampai ke rumahnya. Walaupun majlis kali ini tak ramai tapi yang penting kami dapat berjumpa dan berbincang tentang aktiviti yang kami pernah cadangkan. Tak boleh bagitau sebab belum tahu jadi atau tidak lagi.
Aku je datang bawa anak-anak, yang lain datang dengan suami. Nak buat macam mana, dear kerja lagi pun aku lebih rela datang sendiri. Eh..budak tembam tinggal dengan mak lang sebab takut nanti meragam dalam kereta.
Seronok Amar dan Ashraf main dengan kawan-kawan. Mereka pun dah kenal bila mama bagitau nak jumpa kawan mereka yang seronok sebab dapat jumpa kawan juga.
Sesi makan laksa, nyum nyum...memang sedap hasil air tangan puan rumah ni.



Encik suami jaga anak yang isteri makan dulu.
Laksa, nugget dan kuih muih ini je jamuan kami petang tu tapi syukur yang penting kami dapat berjumpa. Selepas ini tak pasti lagi di mana kami boleh berjumpa.  Fuh!!3 entry berturut tentang kawan sekolah pula. Ok...mood update family belum sampai.

No comments: