Assalam...
27.11.2014 yang lepas bermaksud si tembam saya Zikri Amsyar sudah pun berusia 6 bulan. Sudah boleh makan bubur nasi tapi terpaksa di kurangkan sukatannya sebab obesiti. Hehe...ok ini memang nurse di klinik desa tak boleh komen lebih-lebih sebab Amsyar menyusu badan sahaja tiada campuran susu formula. Alhamdulillah berjaya untuk peringkat pertama dan berdoa agar Allah permudahkan hingga usia 2 tahun pula.
Kalau ikutkan bubur memang dia makan cuma ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Sekali makan cuma habiskan 2 sudu besar atau lebih kurang setengah senduk. Jadi aku tak kisah sangat asalkan dia masih mahu makan bubur nasi walaupun kuantiti bukan aku yang kurangkan tapi dia sendiri yang menolak untuk makan lebih banyak.
Ini dia si tembam ke geraman semua orang. Berat sudah cecah 10 kg masuk 6 bulan sekarang ni. Tapi paling seronok sudah ada 2 batang gigi bawah dan sudah pandai duduk sendiri. Sekarang sibuk memanjat kerusi pula. Haih...pening sekejap
No comments:
Post a Comment