Assalam...
Teruknya blog ini makin lama makin sunyi, apa mahu buat masa tersangat terhad. Aktiviti di rumah pun terhad masa yang ada hujung minggu pun rasa macam tak puas nak menghabiskan masa bermain dengan anak-anak.
Kata orang sekarang masa makin pantas, siang lebih cepat cerahnya. Terjaga pukul 6.30 pun sudah nampak cahaya cerah samar-samar seperti pukul 7.00 pagi pulak. Ya Allah aku terkadang bila nak solat subuh teragak-agak jadinya. Ish...kenapa bangun lambat? biasalah ada baby ni, terkadang dah bangun awal kul 5.30 pagi tapi terganggu nak bagi susu. Kadang-kadang dah bagi susu aku pula yang terlena. Betapa banyaknya dosa aku sekarang ni.
Setelah sekian lama hampir 15 tahun tinggalkan zaman sekolah menengah kawan-kawan kembali datang kembali bertemu. Alhamdulillah seronok bila bertemu rakan sekampung. Tambah lagi bila ada yang sakit kami boleh bersama-sama membantu. Semoga Allah kekalkan persahabatan kami selamanya tidak kira lelaki atau perempuan. Yang pasti rakan sepermainan di kampung memang sangat memahami.
Nanti ada masa lapang aku masukkan cerita kami beraktiviti beramai-ramai. Syukur masih diberikan kesempatan untuk mengikut mereka menjalankan aktiviti walau pun sekarang bertemu mesra.
No comments:
Post a Comment