Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Wednesday, January 15

Setelah 4 Bulan Bekerja

Assalam...

Alhamdulillah sejak kebelakangan ni sibuk makin menjadi-jadi pula. Huhu....rumah memang sentiasa sibuk, tempat kerja pun sama, maklum saja banyak tugas yang perlu aku pikul. Menjadi pembeli yang sentiasa sibuk mencari perbandingan harga, menjadi kerani am menyediakan surat menyurat dan segala memo, menjadi kerani akaun untuk memudahkan urusan perakaunan syarikat dan menguruskan tender yang masuk sentiasa setiap minggu. Ha...ini kerja yang patut aku buat, kerja di syarikat kecil jadi memang begini lah jawabnya.

Sentiasa bersyukur pada Allah segalanya rezeki, segalanya memberikan aku kesedaran dan lebih ingat untuk bekerja dengan lebih rajin. Walau pun syarikat kecil tapi semoga usaha aku dapat membantu sedikit sebanyak membangunkan syarikat agar lebih berkembang lagi.

Eh...setakat ini kerja memang tak memberikan masalah malah makin hari rasa seronok lagi. Dapat belajar dengan lebih banyak lagi pelbagai perkara berkaitan dengan kontraktor terutamanya. Seronok sebab tidak terkongkong bekerja dibawah tekanan...maksudnya bos aku bagi satu due date tapi kalau tak mampu capai memang dia tak bising-bising cuma sebelum sampai masa mesti cuba sedaya upaya untuk selesaikan. Bila dia nampak kita berusaha jadi bukan 100% kesalahan akan diletakkan pada bahu kita.

Dah masuk bulan ke 4 bekerja disini. Syukur sangat bos faham dengan keadaan aku dan sanggup nak tetapkan  jawatan aku walaupun dia tahu aku mengandung sebelum masuk kerja disana. Hehe....kalau ikutkan bos besar memang teragak-agak untuk berikan jawatan tetap tapi mungkin rezeki anak agaknya kan.

Tapi dalam kata ada kebaikkannya aku perlu membalas jasa mereka juga. Ini mungkin agak memeningkan sedikit kepala besar aku ni. Bos minta aku masuk kerja awal 2 atau 1 minggu sebelum hari sepatutnya aku masuk kerja selepas cuti berpantang. Huhu.....dear dah bagi lampu hijau cuma aku yang belum yakin lagi. Seminggu awal mungkin boleh tapi 2 minggu awal tu agak payah sikit sebab ada banyak perkara yang perlu aku persiapkan. Walau pun bakal dijaga oleh kakak ipar tapi sekurang-kurangnya aku perlu melatih bayi menghisap susu  dari botol.

Ok.....fikirkan yang positif, bila ada bayi mesti rajin ambil cuti kan. Jadi anggap saja masuk kerja awal bermakna membayar segala hari mendatang dan hari yang lepas aku dah keluar pergi klinik. Hehe...walaupun aku pergi mendapat izin dan ada segala hitam putih bukti ke klinik sana.

Bila bekerja dengan bangsa cina jadi bila cuti tahun baru cina memang akan cuti panjang. Tahun ini bos beri kami cuti 5 hari. 2 hari potong  cuti tahun...ish...2 hari tu bukannya sikit tau.

Setakat ini masih belum merancang mahu pergi bercuti atau balik perak. Paling senang mungkin duduk diam-diam dirumah saja. :p

No comments: