Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Thursday, January 2

Potty Train Ashraf

Assalam...

Yahooo....awal tahun berjaya potty train Amar sekarang mulakan sesi untuk Ashraf pula. Alhamdulillah dipermudahkan dan sangat mendapat galakkan dari seluruh ahli keluarga.

Kakak ipar yang menjaga Ashraf pun seronok bila tahu aku mulakan potty train ni. Walaupun Ashraf belum berusia 3 tahun tapi apa salahnya aku cuba sebab dia sudah petah berkata-kata dan mula menyukai memakai selua dalam daripada lampin pakai buang.

Maaf juga pada mak lang dan berbanyak terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan. Mana tidaknya minggu pertama hantar Ashraf kerap terkencing dalam seluar, pernah terkencing semasa tidur dek kerana kakak ipar takut nak pakaikan lampin agar tidurnya tidak terganggu. Alhamdulillah kakak ipar yang seorang ini memang banyak membantu memudahkan lagi proses potty train.

Seluar dalam memang dah tersedia awal-awal sejak membeli untuk Amar sebab diapun minta sama. Kadang-kala aku pakaikan selepas dia pakai lampin. Tapi cuma ada 4 helai, memang tak mencukupi jadi jalan-jalan ke Giant  beli lagi 4 helai. Cukup untuk setakat ini.

SEkarang sudah masuk 2  minggu dah nampak peningkatan, bila nak kencing dia terus bagitahu tak kira dirumah atau pun diluar.

Bayangkan aku bawa dia pergi rumah mak cik dear dan rumah sepupu dear sebab ada majlis perkahwinan tanpa memakai lampin. Kakak ipar kata memang patut, memang tindakan berani cumanya perlu sentiasa tanya dari semasa ke semasa. Bahkan sebelum balik aku terus-terus bertanya lagi kalau kalau dia mahu buang air.

Buat masa ni bila dia nak buang air besar ada masalah sikit, sebab tandas rumah sewa kami ni tandas duduk memang dia takut dan minta kami pegang tapi dirumah mak lang tiada masalah sebab tandas cangkung. Ok....perlahan-lahan aku ajarkan.

Rancangan akan datang nak mulakan tidur malam tanpa lampin. Ini mungkin susah sedikit. Tapi insyaAllah aku akan cuba bila tiba masa yang aku rasa sesuai.

No comments: