Sekarang mengandung anak ke tiga rasa macam-macam benda, hal aku nak buat sendiri. Aku dah rancang sendiri maklum saja sejak dapat tahu mengandung lagi dear kerja jauh. Sebab tu juga aku buat persiapan terlebih awal.
Eh...ini tidak termasuk mempersiapkan pakaian bayi mengikut warna tertentu ok. Setakat ini masih belum diketahui insyaAllah hujung bulan nak pergi scan dan kalau diizinkan Allah dapatlah kami melihat apa jantinanya nanti. Tak mahu terlalu berharap semoga dengan apa yang Allah berikan mampu buat kami gembira kelak.
Apa persiapan aku?
Pakaian
Ha...dah rasa macam mengandung kali pertama pun ada cumanya aku rasa kali ini tak perlu bazirkan duit beli baju banyak-banyak. Hehe...Baju lama Amar dan Ashraf ada banyak yang masih elok dan boleh dipakai lagi.
Rasanya masih perlu juga belikan sedikit baju baru semperna menyambut orang baru la katakan....eh masih nak beli juga tu.
Kain Bedung dan barut.
Ini memang memerlukan yang baru sebab yang lama memang ketara kecil saiznya. Kata MIL kalau boleh bedung ni saiznya biarlah sepanjang kain batik yang dibelah 2. Huih..memang ketara panjang dengan yang pernah aku ada sebelum ini. Sebab tu masa MIL jaga Amar bawah setahun MIL gunakan kain batik lama atau pun kain pelikat lama sebagai bedung. Lebar dan panjang sesuai untuk Amar yang bersaiz besar.
Dek kerana itu, aku beli 4 meter kain berlainan warna sebanyak 2 meter setiap kain. Ha...dapatlah 4 helai. Cukup sangat lah tu kata dear, kalau sehari pakai 2 jadi masih ada 2 lagi untuk dipakai esok harinya. Pilih kain belang-belang sebab dear kata jangan la beli yang bunga-bunga walau pun dalam hati aku rasa nak pilih corak bunga-bunga atau pun corak kartun. Tapi dah pergi beli sekali dengan dear aku pilih corak belang siap ada warna pink dan biru...warna lebih selamat gitu. MIL awal-awal dulu dah pesan jangan beli baju atau kain berwarna kuning. Kalau beli juga boleh tapi pakai selepas bayi tak ada jaundis lagi. Alhamdulillah cuma Amar je diserang jaundis hingga bermalam semalam di Hospital Klang.
Kain belang-belang untuk dijadikan bedung bayi kelak. |
Kali ini aku beli kain siap potong saiz 20cm x 20cm kat dalam FB. Ish...tinggal pilih je warna apa yang aku nak. Berkenan warna pink dengan hijau pula. Tak kisah kalau dapat lelaki pun aku tetap pakaikan warna pink ni juga.
Barut yang telah siap dipotong dan menunggu giliran untuk di jahit. Ada dalam 8 helai. |
Kali ini rasa macam tak nak beli dan makan jamu. Nak cuba set bersalin Tanamera dan juga vitamin Shaklee dah alang-alang kakak ipar jadi ahli boleh tumpang order dengan dia. Hehe...lagi pun jamu yang aku beli sebelum ni rasanya tersangat susah nak ditelan, memang bak kata MIL yang pahit tu lah ubat tapi bukan sebulan je kena telan tapi telan hingga habis setnya tau. Erk...seram!
Resepi dalam pantang.
Apasal plak nak persiapkan resepi dalam pantang bagai ni ek? hehe....maunya tak dipersiapkan sebab dear kerja jauh dan rasa macam tak selesa duduk rumah MIL sebab tiada privacy. Bilik-bilik yang ada semua dah ada orang yang duduk, bukan nak mengada-ngada tapi realitinya rasa geli sedikit bila perlu berurut diruang tamu rumah. Ha.....serius ini yang pernah aku alami masa bersalinkan Ashraf dulu. Jadi kalau berpantang kali ini terjadi lagi maksudnya aku mungkin berpantang dengan MIL paling lama pun 3 4 minggu je la. Itu pun dah boleh kata lama tu kan.
Kalau dear kerja jauh terpaksa minta tolong kakak ipar belikan lauk dan sayur stok seminggu. Hal masak-masak nanti la tengok macam mana. Harap-harap boleh dilaksanakan dengan sempurna kelak.
Mahu berpantang dirumah mak kat kampung tapi kebetulan kakak ipar pun bersalin juga bulan yang hampir sama jadi tak nak menambahkan penat mak aku lagi. Biar aku pantang sendiri je dirumah...asalkan bila badan dah rasa kuat sikit ok la kot nak pantang sendiri kat rumah.
Apa lagi ek? anak-anak memang aku jaga la, dan sentiasa mengharapkan dear ada dekat tapi mungkin tidak aku rasa. Tak apa pujuk hati dari sekarang untuk faham tugas dear cari rezeki. Ada orang ditinggalkan semenjak mengandung, bersalin sendirian dan berpantang sendiri....aih itu lagi sedih kan. Hehe...aku ni kira bernasib baik juga lahkan. Dear bukan kerja jauh sangat setakat 3 4 jam perjalanan je.
No comments:
Post a Comment