Assalam...
Sekian lama baru sekarang nak bercerita, maklum saja bila hari bekerja kesibukkan berganda-ganda. Lebih-lebih lagi sekarang dear sudah berada dekat di sisi. Hehe...jadi merajinkan diri untuk memasak, mengemas dan mempersiapkan apa yang patut. Masa yang ada pun sebelah malam selepas anak-anak tidur tapi sekarang aku pun kuat tidur sama. Haih....mesti sebab nanti nak berjaga lagi kan. :p
Alhamdulillah sudah mencecah usia 23 minggu sekarang, pejam celik pejam celik memang terasa pantas. Insyaallah kalau diizinkan Allah tarikh lahir anak ke 3 akan berkongsi tarikh dengan Ashraf, kata dear tak apa....kembar sama tarikh tapi lain tahun macam abang aku la ni.
Ini kali ke 3 aku pergi klinik selepas buka buku merah. Pertama kali datang untuk buka buku rekod merah, kemudian datang selepas seminggu untuk minum air gula, kemudian selepas sebulan datang untuk cek up bulanan dan minggu lepas pergi untuk cek up susulan sebab berat aku tak naik banyak selepas sebulan. Aih....nasib badan, cuma naik 100gm tapi misi kat sana tak puas hati. Jadi datang lagi selepas 2 minggu. Selepas 2 minggu pun masih tak naik juga, adoi.....nasib lagi.
Jadi hari ini pergi klinik ambil darah sebab misi takut ada apa-apa yang tak kena agaknya. Haih...ok aku ponteng keje ari ni sebab ada macam-macam hal nak aku uruskan.
Bila serahkan time sheet kat isteri bos terkejut dia tengok, apasap ke klinik botanic pula..hehe. Jadi untuk mengurangkan rasa curiga dia aku kepilkan sekali dengan sliip nombor giliran yang aku simpan. Di slip tu ada tulis nama klinik jadi mungkin dia tak banyak soal jadinya kenapa lama sangat aku pergi.
Keluar pejabat pukul 3.30 petang, dapat nombor giliran pun selepas pukul 4.00 petang. Orang memang ramai jadi sabar je la. Kebetulan memang ramai yang bawa anak-anak datang kan. Hehe..selesai pun betul-betul hampir pukul 5.00 petang. Balik rumah terus beli goreng pisang sebab lapar.
Apsal timbang berat tak naik? sebab aku tak makan sebelum pergi klinik. Mood dan selera makan memang hilang sekarang. Teruk sangat aku rasa....misi pula kata kalau tak naik nanti mesti jumpa DR. Ish....apa la masalah dengan pemakanan aku ni eh, orang lain sibuk makan macam-macam masa mengandung ni tapi aku memang payah.
Makan KFC beli 6 ketul ayam. Amar makan 2 ketul..paha dan dada sedikit, dear makan 3 ketul dan baki seketul aku je yang makan. Ha...tengok! mulut kata nak tapi bila masuk memang tak banyak. Kata orang macam merasa je asalkan dapat makan. Erk....sabar je la.
No comments:
Post a Comment