Assalam...
Banyak sangat pantang larang orang lama ni kan, kalau setakat mak
aku je bolehlah aku jawab tapi kalau mertua yang melarang....alahai...memang
tak sampai hati nak menjawab pula. Nak tak nak ikutkan saja, lagi-lagi bila MIL
bukan cakap sendiri...kakak ipar yang tolong sampaikan. Adoi!
Hehe...Alhamdulillah sekarang sudah mencecah usia kandungan lebih
5 bulan/20 minggu. Semuanya masih baru pada aku macam mana aku mengadungkan
Amar dan ashraf sebelum ni segala-galanya tidak sama langsung. Niat dalam hati
memang tak nak war-warkan tapi apa salahnya kan sekadar berkongsi kegembiraan
bersama.
Mak kata jangan susukan Ashraf lagi....MIL pun sama. Eh...dear
jauh, macam mana aku nak buat helah?
Kakak ipar kata letak sirap kat puting biar dia nampak
puting tu sakit. Jadi automatik dia tak nak hisap. Eh...betul ke?
Belum pernah terlintas nak buat, nak letak apa-apa...rasa macam
kejam sebab ini hak dia, tapi sebelah hati kata dah nak masuk 3 tahun kan...tak
payahlah susu badan lagi. Aish...
Tercari juga info ada ramai kata boleh tapi bila melibatkan
larangan dari orang tua, aku ikutkan saja. Lebih-lebih lagi bila MIL yang
larang. Huhu... dear pun tak boleh tolong.
Buat masa ni Ashraf langsung tak hisap susu badan sebab setiap
kali dia minta aku tak bagi, aku sentiasa bagi alasan susu ni untuk baby dalam
rahim mama dan kalau dihisap nanti susu mama rasa sakit. Pernah dia
meronta-ronta minta juga bila aku bagi aku buat-buat sakit bila dia
hisap...terus tak nak hisap. Ada sekali dia minta juga nak hisap, tak dapat
nangis cakap aku buat la apa la....pandai nak main perasaan aku budak ni tau
sampai naik geram pun ada. Jadi bagi je la, dia cuma letak mulut je tapi tak
hisap...haha...serik kot bila aku cakap sakit.
Harap-harap Ashraf faham dan tak salahkan mama sebab tak dapat
teruskan susu badan. Moga ada kebaikan untuk aku dan anak yang aku kandungkan
sekarang.
2 comments:
Betul juga kan, tak ikut kita pula rasa bersalah...
Harapnya Ashraf coleh wean off cepat2... dia dah besar, mungkin dah faham kot :)
Take care :)
tq kak!
Post a Comment