Assalam...
Bila masuk musim cuti sekolah ni mula lah kan ibu bapa sibuk buat macam-macam majlis. Ada yang berkahwin, bertunang dan tak kurang juga bersunat. Hehe...tahun ni seorang anak saudara bersunat.
Alahai kaedah sunat sekarang ni lebih senang kan, lebih cepat proses sembuh lukanya tu. Tapi nasib anak saudara aku tak begitu pula. Hampir seminggu baru baik, kata dear ada bengkak sedikit tapi mujur tak berikan kesan.
Kakak ipar buat kenduri malam Sabtu sebelum anaknya disunatkan esok harinya. Tapi aku langsung tak dapat menolong kerana bekerja, nak cuti memang tak mampu sebab kerja banyak, bila cuti kerja jadi tertangguh tapi itulah hakikatnya kan bila bekerja ni.
Bila fikir pasal sunat teringat reaksi Amar bila tau apa maksud sunat. Katanya abang tak nak potong, nanti sakit. Haha....dia tahu pun bila aku dan dear terangkan semasa kami mandikan dia. Ashraf pun bila dengar dah takut sama pula.
Tapi kami cuba tenangkan mereka, bukan nak sunat sekarang tunggu abang dan adik besar sikit jadi masa tu mesti tak rasa sakit sangat. Bayangkan reaksi Amar bila nak masuk rumah MIL nak melawat sepupunya yang dah bersunat....haha...memang melekat je dengan aku, langsung tak nak dekat dengan sepupunya tu.
Kalau ada rezeki aku nak sunatkan Amar dan Ashraf serentak, memandangkan usia mereka cuma selang setahun je kan. Hehe lama lagi tu kan, anak saudara aku tu pun dah dekat 2 tahun minta kat maknya tapi maknya takut dia belum faham lagi jadi tertangguh hingga usia 10 tahun ni. Biar lambat dari langsung tak buatkan.
Haih....terbayang pula nanti bila sampai giliran anak-anakku pula. Hehe...
No comments:
Post a Comment