Assalam...
Ahad lepas memang teringin rasa nak pergi ke Jerantut sana tapi mujur dear melarang dengan cara baik. Hehe...bukan apa nak juga tengok suasana kampung sebab tengok dalam gambar tak puas kan.
Kata dear memang kampung sangat cuma ramai juga orang asing tinggal menyewa di sana sebab mencari rezeki sebagai pemungut buah kelapa sawit. Gaji sebagai pemungut pun boleh tahan juga tau, jangan pandang rendah ye. 1 tan sawit yang di petik akan dapat RM40.00 seorang. Pernah kata dear 1 hari mereka dapat petik sehingga berbelas tan sehari. Wah....memang kaya mereka tu kan, walaupun mereka orang asing tapi hasil pendapatan memang dihantar setiap bulan atau selang sebulan pada keluarga di seberang.
Itu kisah mengenai penduduk kampung dan kebanyakkan kawan-kawan kerja dear pun anak jati kampung tu juga. Haih...senang kan tak perlu merantau jauh mencari rezeki. Tapi adatlah bila jiwa masih muda dan masih belum ada tanggungan memang selalu curi tulang. Duit yang dapat pun memang cepat habis dengan bermacam-macam belanja yang tidak sepatutnya.
Alhamdulillah dear selamat balik bersama kami bertiga semula ahad lepas. Dear balik naik bas sebab tak sanggup nak tunggu bosnya datang ambil. Dear memang tak bawa kereta lagi pun kalau dear bawa kereta aku pula macam mana kan....huhu
Alang-alang dear tiba tengahari jadi aku terus ajak dear pergi makan sizling di Giant Stadium. Sangat biasa dengan Giant ni sebab dulu masa belajar di poli tiap-tiap minggu mesti jejak kaki ke sana. Sekarang selalu jejak kaki ke Giant Bukit Kemuning. :p
Ramainya orang mujur dapat juga tempat duduk, kami makan sizzling dan nasi ayam. Cukup buat kami berempat kenyang. Yang penting kami dah berempat semula. Tapi tak tahu untuk berapa lama, harap-harap selepas ni dear tak kerja jauh-jauh lagi.
No comments:
Post a Comment