Assalam...
Teringat masa pergi klinik desa baru-baru ni, terjumpa junior tempat kerja lama. Aura pengantin baru lagi tu tapi dah terima rezeki sepantas kilat. Hehe...bunting pelamin kata orang. Muda lagi pula tu dalam awal 20an kalau tak silap, tak pe dapat anak awal senang nak jaga kan, nanti dah besar anak macam adik je kan. Sama kes macam bos aku, kahwin awal 20an sekarang umur belum cecah 40 tahun anak dah SPM tahun ni. Huhu....syoknya la kan.
Cuma kesian tengok bila tertanya-tanya macam mana prosedur nak buka buku tu. Aih...kesian kan tapi ini hakikat orang yang pertama kali mengandung dan mahu buat buku rekod di klinik kerajaan.
Ini berdasarkan pengalaman aku je dan tak tahu lain tempat lain prosedurnya pula ek. Aku pernah buat buku rekod di klinik desa Jalan Kebun, Shah Alam tempat lain aku tak pasti sama atau tidak.
1. Masukkan kad pengenalan dalam bakul yang disediakan sebab di sini nombor akan diberikan oleh jururawat kemudian nanti. Bukan sendiri tekan mesin nombor tu ek.
2. Jururawat akan berikan nombor giliran dan minta pergi buang air kencing dalam botol...hehe...sebab nanti dia akan cek air kencing tu. Kalau klinik jalan desa yang aku pergi ni sila kencing dalam botol yang sama nombor dengan giliran yang kita dapat.
3. Menunggu giliran tiba adalah sangat lama, ada kala Dr. gigi datang dan dia akan cek gigi kita untuk rekod dia. Tau je la kan, masa mengandung ni selalu ada kes kekurangan kalsium jadi penting juga untuk penjagaan gigi yang sempurna semasa mengandung. Sila jangan pandang rendah sebab ada kawan tempat kerja cerita kawan dia terpaksa cabut semua gigi bawah sebab alami kerosakkan semasa mengandung. Kesian sangat sebab umur baru cecah 40an.
4. Kemudian jururawat akan panggil untuk ambil darah. Jadi sila ke makmal untuk proses ambil darah ni. Tak sakit pun, dia ambil 1 tiub kecil je dan biasanya ambil dari lengan tak kisah kiri atau kanan.
5. Jururawat akan panggil untuk sesi soal jawab. Ha...masa ni mereka akan tanya macam mana tau mengandung, tarikh haid terakhir adalah sangat penting sebab memudahkan mereka untuk tentukan tarikh bersalin kelak. Kalau pernah scan di klinik luar boleh bagi mereka sekali.
6. Jururawat akan periksa perut, ketinggian dan berat pun diambil kira. Berat memang sentiasa dipantau, kalau naik sikit tak apa tapi kalau banyak memang mereka bising-bising.
7. Berjumpa Dr., biasanya Dr. sekadar melihat keadaan ibu mengandung sahaja.
8. Jururawat akan berikan vitamin dan juga tarikh untuk temujanji akan datang. Dia juga akan berikan tarikh untuk MGTT (minum air glucose).
9. 1 buku akan ditinggalkan di klinik dan akan digunakan sepanjang tempoh mengandung dan 1 lagi buku akan diberikan pada ibu mengandung untuk rekod ibu sendiri. Jadi setiap kali datang klinik cuma perlu bawa buku tu saja hingga sampai saat bersalin. Jadi sangat penting buku itu dibawa ke mana sahaja bila usia kandungan sudah cecah 8 bulan ke atas.
Ok, ini berdasarkan pengalaman aku di tempat aku. Lain tempat aku tak pasti sama atau tidak sebab belum pernah buat buku rekod ditempat lain.
Sekadar panduan buat bakal ibu baru yang tertanya-tanya kan. Sebab aku dulu pun macam tu juga. Tapi masa tu aku fikir tak payah pening-pening jadi sekadar follow the flow je kata orang. Nak tanya orang bukan nak cerita sangat kan, jadi sendiri lalui baru tahu.
No comments:
Post a Comment