Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Saturday, November 4

Pertandingan Mewarna

Assalamualaikum...

Ini kisah 2 minggu lepas, ada Majlis Infratani di adakan di kawasan Padang Rakyat di Jalan Kebun. Ada macam-macam aktiviti di buat. Kebetulan anak-anak pun tak ada aktiviti terus aku daftar derang masuk pertandingan mewarna. 2 hari ke 3 hari sebelum kot dah daftarkan. Mula-mula Ashraf takut juga sebab katanya tak pernah masuk kan. Tapi aku pujuk-pujuk dia nak juga masuk. Petang tu terpaksa tinggalkan Nur Aisyah sebab tak nak dia berpanas di padang tu nanti.

Kiranya aku dapat lah keluar sekejap dengan anak yang 3 ni. Sampai sana terus buat pengesahan lagi tapi nama Ashraf tak ada pula, daftar baru dan terus ambil lukisan. Amar dan Ashraf terus cari tempat kosong dan duduk. Amsyar pun seronok nak tengok sama.


Tak sampai 1 jam pun, dalam 35 ke 45 minit je. Selesai mewarna anak-anak dah dahaga, walaupun pihak urusetia ada bagi goodies bag tapi tak cukup sebab Amsyar dah minum 1. Huhu... jadi pusing-pusing belikan aiskrim, jalan-jalan tengok apa yang menarik. Nampak ada yang buat ala-ala zoo. Tapi tempat nye terhad la kan dalam 1 khemah je. Anak-anak tak nak masuk jadi kami tengok dari luar je la.


Nak masuk ada bayaran tapi dah lupa berapa kena untuk seorang. Kalau tak silap rm3.00 untuk seorang. Dalam tu ada arnab, ayam, kambing, ayam belanda dan mungkin banyak lagi kot binatang nya. Aku tak nampak semua sebab ada ramai orang yang berdiri tepi pagar tu.


Cuaca memang panas petang tu, anak-anak bising nak air pula. Sambil pergi beli air intai-intai kalau keputusan pertandingan mewarna dah keluar ke belum. Memang belum lagi, lambat juga kot nak tunggu. Sementara tunggu duduk bawah khemah besar depan pentas ada ceramah masa tu. Seronok juga tentang keibubapaan tajuknya. Tapi anak-anak duduk sekejap dah asyik rimas ajak balik. Mana tidaknya masa beli air tadi Ashraf terkena air gula yang orang tu letakkan kat atas bekas jual air tu. Angin kuat terus cawan tu jatuh kat dia. Kesian habis kena kat tangan dan kaki. Melekit habis. Kalau kita sendiri kena pun memang tak selesa kan... jadinya terus la balik rumah.

Sebelum ambil Nur Aisyah kami beli lok cing atau sate ikan dan juga goreng pisang. Ini sebab aku dah lapar. Ambil Nur Aisyah dan balik rumah tanpa tau apa keputusannya. Nak tunggu lama lagi tapi dalam kepala teringatkan Nur Aisyah sebab tak pernah lagi tinggalkan dia dengan ibu. Huhu...risau. Memang tak nak hisap susu yang aku dah pam siap-siap pagi tu. Fuh mujur balik awal kalau tak memang kelam kabut ibu petang tu.

Keputusannya aku tak tahu, yang pasti Amar ada bawa balik buku nota. Katanya cikgu nya bagi sebagai hadiah saguhati dapat tempat ke 8. Alhamdulillah ada juga la kenangan buat anak-anak. Akan datang kalau ada lagi kesempatan nak masukkan derang lagi. Bagi derang berani nak bertanding, berani nak berlawan secara sihat dengan orang lain. Walaupun di sekolah pun ada juga macam-macam pertandingan tapi apa salahnya kalau kita sendiri dedahkan. Amar pernah masuk pertandingan mewarna semperna hari Kemerdekaan di sekolah. Dapat tempat ke 3 antara kelas. Syukur, rasa macam tak sia-sia lah aku beli pensel warna banyak-banyak tu kan. Biar derang guna untuk perkara yang berfaedah. Kat rumah pun rajin sangat lukis kan.

Cuti sekolah nanti kena siapkan kertas A4 banyak-banyak la kalau macam ni. Sekarang musim hujan, tak boleh main kat luar sangat jadi kertas dan pensel warna mesti berguna sangat. Kalau tidak mesti berebut nak tengok tv. 😅

1 comment:

kak gojes said...

bestnya ada program utk anak2 mcm ni kan