Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Sunday, November 12

Peperiksaan dan Air Jagung

Assalamualaikum...

Musim peperiksaan dah pun tamat, sekarang masa untuk aku tunggu anak-anak bawa balik kertas peperiksaan. Huhu rasa nak luruh jantung aku bila tengok hasilnya. Ada yang boleh buat aku senyum tapi ada juga yang buat aku panas hati tengok. Senyum sebab jawab dengan baik la tu. Panas hati bila tengok kertas peperiksaan yang banyak salah. Salah pada soalan yang senang je. Geram sangat tengok.

Tak pe, aku dulu pun bukannya pandai sangat pun. Mak pak aku tak pernah nak tengok kertas peperiksaan aku. Nak tunjuk pun tak berani tau, mujur juga mak pak tak pernah minta. Tapi alhamdulillah apa juga yang aku dapat mereka tetap bersyukur. Ye, kita sebagai ibu bapa kena terima dengan apa juga yang anak-anak kita dapat kan. Itu yang mereka mampu. Walaupun kadang-kadang tersilap tengok simbol tolak tapi dikira tambah. Itu yang mereka mampu buat dan juga itu yang Allah dah susun cantik untuk mereka. Mungkin pada kita nampak senang tapi pada usia anak-anak soalan itu sukar. Apa apa pun aku tetap bersyukur dengan apa juga hasil yang anak-anak aku terima.

Hari Khamis lepas cikgu tadika Pasti jemput aku dan dear datang sekolah untuk majlis Ihtifal dan juga majlis sambutan hari lahir pelajar yang lahir bulan September hingga bulan Disember. Alhamdulillah, majlis ini diadakan tertutup hanya untuk ibu bapa yang anak-anaknya dapat keputusan cemerlang sahaja. Syukur sangat dengan kejutan sebab cikgu tak beri fail dan buku laporan peperiksaan Zikri Ashraf. Dia dapat tempat ke 3 dalam kelas, sama seperti peperiksaan petengahan tahun yang lalu.

InsyaAllah hari Khamis akan datang akan melalui peperiksaan setara. Peperiksaan ini dah di jalankan di setiap pasti dan yang layak akan di hantar ke peperiksaan peringkat kawasan pula. Lepas tu aku pun tak pasti macam mana pula. Mungkin jadi wakil kawasan ke peperiksaan peringkat negeri pula agaknya. Amar pun terpilih tapi sekadar peringkat pasti je tak dapat sampai ke peringkat kawasan. Apa pun syukur sangat kan.




Amar masih belum tahu lagi keputusannya. Baik sekolah agama maupun sekolah kebangsaan. Mungkin minggu depan kot cikgu pun nak ambil masa juga kan nak tanda dan buat apa yang patut. Aku pulak hari-hari tengok SAPS macam orang gila tunggu keputusan keluar. Sekali keluar nanti huhu entah la debar-debar sangat la plak.

Kisah air jagung tu aku pernah beli 1 jug di kedai dekat kawasan rumah ni. Nak di jadikan cerita aku habiskan sebab masa tu anak-anak dah kekenyangan. Bila Amar rasa nak minum dan minta terus aku gelabah sebab budak-budak ni perangainya bila dah habis baru nak makan atau nak minum. Aku janji lain kali mama buat yang lagi sedap.

Sedap ke tak tu aku tak tau, kata Amar sedap. Tapi dear cuma cakap tak manis...ok je. Hmmm maaf ye kami suami isteri ni jarang sangat nak puji memuji ni. Hehe...tak pe yang penting aku tau dear bukan suka minum air yang ada susu. Contoh macam air sirap bandung atau air tembikai susu...lebih kepada air sejuk la. Kalau air panas dear ok boleh telan.

Aku ambik resepi kat facebook. Insyaallah resepinya memang boleh di simpan. Tekak aku rasa sedap juga, tapi kurang manis sebab aku tak letak susu pekat banyak. Kebetulan bila dah nak mula masak susu habis pula. Anak-anak sekarang sibuk minum air teh susu cicah dengan biskut pula. Nasi pun kurang makan. Kadang-kadang geram juga tapi nak buat macam mana dah itu yang anak-anak nak makan.

Dapat 2 jug juga kalau ikut resepi ni tapi aku buat minum 1 jug lagi 1 aku buat ais krim malaysia. Sekarang memang sentiasa buat sebab tak nak bagi anak-anak beli di luar. Yang aku tak pasti bersih ke tidak. Dah ada aiskrim ni, anak-anak makin kerap la pula buka tutup peti sejuk...huhu serba salah jadinya. Sabar je la kan dengan anak-anak ni.

No comments: