Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 4 bulan usia anak ke 4 aku, hehe..tapi awal bulan hari tu baru je cucuk untuk 3 bulan sebab ada masalah sikit. Ye la cucuk 2 bulan pun dah sangkat dek kerana Nur Aisyah makan antibiotik dari hospital kan. Nurse takut ada kesan jadi lewatkan cucuk hingga ke 3 minggu lamanya. Tak pe yang penting sihat. Lambat atau cepat aku utamakan kesihatan anak yang penting. Nurse pun bagitau tak perlu terkejar-kejar nak cucuk supaya anak sihat akan datang. Yang penting jangan langsung tak cucuk.
Ni masa nak pergi tengok pak cik warded kat Hospital Sungai Buloh. |
Ni masa tunggu Amar balik sekolah agama. Sampai tertidur menunggu. |
Ringkaskan hasil kedatang kami ke klinik awal minggu ni. Berat naik sekarang dah 7.7kg, ini memang dah semangat sangat rasanya. Bulan lepas cuma 6.1 kg dan naik 1.6 kg bulan ni. BMI masih normal jadi dr dan nurse tak bising. Panjang dan lilit kepala pun masih normal, tapi yang aku selalu risaukan berat. Sebab nurse selalu tegur bila ada baby yang kecil atau terlebih besar dari sepatutnya.
No comments:
Post a Comment