Pages

Next Anniversary

Daisypath Next Aniversary Ticker

Next Birthday Zikri Amar

Daisypath Happy Birthday tickers

Next Birthday Zikri Ashraf

Daisypath Happy Birthday tickers

Berehat Sebentar

Friday, October 4

Persiapan & Majlis Akad Nikah

Assalam...

Syukur Allah telah pun menyempurnakan majlis akad nikah adik dear minggu lepas. Walau pun persiapan kami boleh di katakan di saat terakhir tapi alhamdulillah yang penting bila bekerjasama memang semuanya menjadi senang....teringat lagu wonderpets plak.

Ini gambar petang jumaat minggu lepas selepas aku balik kerja. Memandangkan aku kerja dihantar dan di ambil oleh bakal pengatin jadi aku terpaksa menunggu dia sampai walau pun lewat 10 minit ok. Elok-elok sampai rumah tengok-tengok akak ipar tengah tungkus lumus nak buat sireh junjung....auw....


Dah alang-alang nampak takkan sedap-sedap je nak balik umah kan, jadi sila lah tolong mana yang mampu. Tau-tau ada 5 dulang kami semua perlu sediakan. Akhirnya pukul 9.30 malam baru balik rumah itu pun sebab anak-anak sudah keletihan dan mengantuk. Aku pun dah tak selesa sebab belum mandi lagi...dah macam bau kambing je rasanya. :p

Yang ni gambar hari nikah, aku tengok pengantin serius tenang je...huhu.walau pun ada sambal belacan tetap dia tak lalu makan...ahaks!

Menggayakan cermin mata papa...aka pak cik saudaranya la,


Amar ajar Ashraf buat 'peace' tapi dia pun salah.


Hasil keras tangan kami semua.

Macam-macam gaya budak sorang ni.

Roti jala cicah ngan kuah durian..sedap
Ha....majlis tu kalau ikut rancangan bermula pukul 2 petang tapi bila ramai-ramai ni kan mesti terlewat juga. Hampir pukul 3 petang baru adik dear bernikah. Mujur tok kadi tak balik umah. Hehe...

Dalam panas-panas dan kelaparan tu, aku sempat suapkan Amar nasi tapi Ashraf hilang entah kemana. Haih budak sorang tu sibuk je nak kesana-kesini...takut sangat aku kalau kejalan raya pula dia. Aku cuma makan roti jala sahaja, sedap bila sesekali makan durian ni. Ha...tunggu dear balik nak mintakan dear belikan durian yang sedap. Aku boleh beli sendiri cuma aku takut nanti kalau beli tak sedap aku rasa merugikan sangat duit aku. haha...

Alhamdulillah adik dear selamat nikah cuma dengan sekali lafaz, syukur dapat jadi mata dan telinga buat dear yang jauh...dalam kerinduan aku tetap lakukan yang terbaik di sini.

Haih...mood rindu tersangat-sangat ni, setakat ini sudah 24 hari belum bertemu. Uwa......

p/s : jangan tanya mana gambar pengantin...nanti kenduri kat sini aku ambil ek, kat umah orang ni tak terlayan budak-budak ni jadi tak kuasa nak bawa kamera ke hulu ke hilir.

No comments: